View: 9826|Reply: 43
|
Ismail Izzani Didakwa Hamilkan Gadis Dan Kahwin Senyap-Senyap
[Copy link]
|
|
“Dia Ada Agama” – Didakwa Hamilkan Gadis Dan Kahwin Senyap-Senyap, Ibu Ismail Izzani Beri Respon
Baru-baru ini kecoh mengatakan seorang penyanyi lelaki terkenal terpaksa berkahwin dengan seorang wanita kerana dikatakan telah terlanjur.
Secara tiba-tiba, nama penyanyi muda berbakat besar, Ismail Izzani mula terpalit selepas netizen mula mengaitkan isu ini dengan penyanyi Bidadari itu.
Ibu Ismail Izzani tampil beri respon
Terbaru, ibu kepada Ismail, Datin Suliza Salam menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan dan tuduhan itu selepas menerima beberapa hantaran DM Instagram yang mengatakan anaknya itu terlibat dengan perbuatan tersebut.
Sumber: Gempak
Suliza yang dihubungi Gempak berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap anaknya itu.
Gambar berkenaan diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel, anak Datuk Jamal Yunos baru-baru ini. Kebetulan dia berada di situ da gambar berkenaan dirakamkan.
Penyanyi Lelaki Terkenal Baru Putus Cinta Terpaksa Kahwini Wanita Lain Sebab Terlanjur
Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.
Tambah Suliza lagi, anaknya itu walau bagaimanapun tidak melenting selepas mendapat tahu mengenai hantaran DM berkenaa,
Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan, yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.
Tapi dia relaks je, katanya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu.
Dia takda masa lah nak buat seks rambang, dia pun ada agama.
Ibu Ismail Izzani pun dah dedahkan segalanya, harap semua jelas lah ya dengan perkara ni. Mael tak buat tau, hah.
Kredit: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak Semail Izani dah bukak mulut nafikan itu anak dia
Jadi siapa??????
Harap ada bawang rangers yg berjaya selesaikan kes ni & tunjukkan siapa OKT |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 17-10-2022 11:24 AM
Mak Semail Izani dah bukak mulut nafikan itu anak dia
Jadi siapa??????
Harap ada bawang rangers yg b ...
Sorg lagi saspek. Afiq syazwan. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
amboi nourul depp... kaki report yach |
|
|
|
|
|
|
|
afiq syazwan tu kawin ke baru ni. ceh rugi ko kawin awal dik. acik minat lagu ko yg nyanyi balik lagu lama layu di hujung mekar tu |
|
|
|
|
|
|
|
"Dia Takda Masa Nak Buat Seks Rambang, Dia Pun Ada Agama," - Datin Suliza Nafi Ismail Izzani Dah Kahwin Sebab Terlanjur
Sumber IG
Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam menafikan dakwaan dan tuduhan menerusi 'direct message' (DM) di Instagram mengatakan anaknya sudah berkahwin diam-diam selepas menghamilkan seorang wanita.
Menerusi laporan Gempak, Suliza mendedahkan, dia dan Ismail ada menerima DM sedemikian dan berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan yang tidak berasas itu.
Sumber Gempak
"Gambar itu diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel, anak kepada Datuk Jamal Yunos baru-baru ini. Kebetulan dia berada di situ dan gambar berkenaan dirakamkan.
"Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan itu anak orang. Apabila gambar dengan cerita itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.
"Yang hantar DM mungkin dia sakit hati ke apa. Kita nak jaga sensitiviti kita tahan je hati ni bila orang fitnah kita," katanya ketika dihubungi Gempak.
Suliza mengulas mengenai edaran DM yang mengatakan Ismail berkahwin dengan seorang wanita kerana melakukan seks rambang sehingga wanita terbabit hamil.
Dalam pada itu, Suliza turut menambah, Ismail tidak melenting apabila mendapat tahu tentang dakwaan yang beredar di DM.
"Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan. Yelah, sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.
"Tapi, dia relaks je... katanya dia tak buat benda itu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Anak saya kata kalau dia sebut benda baik tak apa, tapi ini melibatkan anak orang. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu.
"Dia takda masa nak buat seks rambang. Dia pun ada agama," kata Suliza yang menjelaskan Ismail masih single selagi belum bertunang atau berkahwin.-CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
csi paling lama dalam sejarah forum..
tak jumpa sapa okt |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 17-10-2022 11:24 AM
Mak Semail Izani dah bukak mulut nafikan itu anak dia
Jadi siapa??????
Harap ada bawang rangers yg b ...
Takde saspek lain, memang yg ni la ni sebab artikel haritu kata pakaian serba putih
Either gosip haritu misunderstanding je atau deyols cuba nafikan selagi boleh... Cuma gegirl tu je masih belum diketahui muka nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kepochi nya aci depp. Kita biasa klu cerita senstitif bab kawan2 ni xde nya nk tanya direct, xnk kwan serba slh nk jwb. Dok je obersi membawang ala2 mami tanjung jua |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 17-10-2022 12:43 PM
Kepochi nya aci depp. Kita biasa klu cerita senstitif bab kawan2 ni xde nya nk tanya direct, xnk kwa ...
Dia bukan tanya tp dia bagitau ada gossip blablabla. |
|
|
|
|
|
|
|
Gmbo pompuanyg diblurkan tu ada versi clear tak?
Sb maknya kata tu masa wedding Amin Daniel, anak Datuk Jamal Yunos..kalau clear blh la buat confirmation...Kita csi selagi boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Itula.. Anak mmg sedia social kaki kelab malam... Haaa kan dah kene jd OKG... X memasal.. Anak tu bila dh jadi cam ni barubmak sibok2x nak nasihat. Mase anak tu bersosial x hingat xde plak ko nasihat anak tuu jaga batas agama......apooo punye mak |
|
|
|
|
|
|
|
semua gigih tuduh penyanyi bbnu... sekali plot twist rhopernyaaa hujung2 yang dah kertu gayut yang kahwin baru2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
apa laa netizen ni memandai je. kan dah jatuh fitnah |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kalau tak salah macam ade statement dari pelakon yang tak terkenal cakap mail zani ni kaki kluar masuk hotel huhu..tengah cari artikel tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat 'ada agama' tu mengundang sungguh. Ramai je ada agama makcik oii tapi hakikatnya?
Cakap bukan anak saya udah |
|
|
|
|
|
|
|
so skrg ni btul ar mail dah bernikoh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul Datin Suliza tu cakap. Budak perempuan tu anak orang. Kesian tak pasal2 kena fitnah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|