View: 1817|Reply: 17
|
Pencipta BoboiBoy Dedah Banyak Negara Islam Tolak Watak Yaya Bertudung
[Copy link]
|
|
Pencipta jenama animasi tempatan, BoBoiBoy iaitu Mohd. Nizam Abdul Razak membuat pendedahan mengejutkan watak kartun siri tersebut, Yaya ditolak untuk divisualkan dengan imej bertudung di kebanyakan negara Islam bagi pasaran antarabangsa.
Nizam, 39, berkata, akibatnya, watak Yaya digantikan dengan Hanna (yang tidak bertudung) untuk pasaran antarabangsa demi memenuhi kehendak audiens terutama dari negara majoriti penduduknya Muslim.
Foto: Google
“Pada 2010, kami ‘pitch’ BoBoiBoy kepada Disney Channel Asia. Antara isu yang kami risaukan ialah watak Yaya kerana bertudung.
“Apabila kami tanya kepada Laura (ketua Disney Channel Asia) pada ketika itu, dia memberikan dorongan untuk teruskan visual Yaya bertudung.
“Kami terkejut kerana pada persepsi kami mungkin akan timbul isu hijab tetapi beliau berkata Yaya perlu kekal bertudung kerana itu yang unik tentang animasi dari rantau ini.
“Jadi kami teruskan watak Yaya bertudung. Jika anda rasa itu mengejutkan, ada lagi yang lebih mengejutkan!,” dedahnya menerusi bebenang menerusi Twitter.
Menurut Nizam, apa yang mengejutkan apabila banyak negara yang penduduk majoritinya Muslim meletakkan syarat karakter Yaya agar tidak bertudung.
“Apabila kami mahu memasuki beberapa negara majoritinya Muslim, di situ pula isu tudung menjadi sensitif. Mereka meletakkan syarat untuk Yaya tidak bertudung. Jika anda perasan, ada versi Yaya yang digantikan dengan Hanna yang tidak bertudung.
“Pelik bin ajaib apabila yang bukan Muslim menerima watak Yaya bertudung tetapi negara majoriti Muslim pula tidak menerima watak itu dengan imej muslimah. Pada awalnya, kami ikutkan kehendak mereka tetapi kini kami tidak lagi tunduk kepada permintaan sebegitu,” luahnya.
Sehubungan itu, ujar Nizam, untuk jenama animasi Animonsta Studios berikutnya, pihaknya tidak akan lagi tunduk dengan kehendak bukan-bukan yang membantutkan perihal kepercayaan dan budaya rantau ini.
“Kami sedar jika kita sendiri tidak mengetengahkan kepercayaan dan budaya dari rantau ini, siapa lagi? Kita tidak mungkin menjadi unik dengan cuba menjadi sama seperti yang lain.
“Kini watak Mara dalam Mechamato pula menjadi watak yang digemari peminat terutama dari Jepun dan luar negara. Mara bukan sahaja bertudung tetapi juga berkerusi roda,” ciapnya lagi.
BoBoiBoy merupakan siri animasi televisyen tempatan terbitan Animonsta Studios yang berjaya mencipta fenomena tersendiri di peringkat antarabangsa termasuk Indonesia, Thailand, India, Vietnam dan China. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 iols dah.melayan.mecha mato neh
Baru iols tau..mato tu.ayah kepada boboiboy |
|
|
|
|
|
|
|
Iols x terkejut...sbb kebanyakan negara islam sekular dan mereka melihat tudung sbg lambang kemunduran. Even kt my opis dulu pun, wanita2 melayu x bertudung je iols nmpk lebih mudah naik berbanding yg bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak tgk boboiboy.. best ka? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 16-10-2022 07:08 PM
Iols x terkejut...sbb kebanyakan negara islam sekular dan mereka melihat tudung sbg lambang kemundur ...
Opis hang kat middle east ka? |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 pakai tudung rimaslah |
|
|
|
|
|
|
|
Watak bertudung pun nak trigger
Kalau kartun pakai suit seksi2 ketat2 takpe plak
Bolayan je permintaan yang menyusahkan
Buat je ikut kreativiti sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 17-10-2022 09:56 AM
kecik2 pakai tudung rimaslah
Tu kartun pun ko nak rimas
Takyah tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku laki suka tengok kartun watak Yaya ni
Tajuk "tanya apa Yaya". Kartun ringkas tapi ada ilmu yang bagus. Contoh pasal makan jajan tak elok, sarapan pagi berkhasiat DLL. Senang diterima otak budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
betul best pasal cartoon yaya ni banyak info
terbaru fly with yaya
|
|
|
|
|
|
|
|
go go go jgn mudah tunduk......jadi manusia tetap pendirian |
|
|
|
|
|
|
|
anak dara kaka umur 17 tahun tetiap hr pasang boboboi galaxy waktu dia tgh siapkan homework
watak yaya tu dah sebati dgn mereka yg follow anime ni dr season 1 lg
xnampak pun yaya tu selekeh ke apa ms dia berlawan
okay aje dan comel plk tu
dlm mechamoto plk watak Mara pun sejenis yg berotak cam yaya
pun xde rs rengsa dia bertudung dan berkerusi roda
sedih kot ms insiden dia selamatkan anak jiran then dia kena hempap smp jd lumpuh
teruskan usaha anda animonsta
klu ada produksi dia yg baca forum ni kaka nk tanya bila nk ada new season utk boboboi
dan bila nk tayang mechamoto d movie tu |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau x sbb ape,
watak tu bg pengaruh kat anak2 org islam utk bertudung diusia muda,
ada budaya x mahu anak2 mereka bertudung sebelum baligh,
ini terjadi kepada anak aku sendiri,padahal aku takde pun bg galakkan utk bertudung, atas kemahuan sendiri, |
|
|
|
|
|
|
|
Faveret anak aku neh.. lagi satu anime ultraman kat netflix.. dengan aku skali layan.. |
|
|
|
|
|
|
|
yaya ni yang buat biskut/desssert tak sedap sampai boboiboy dengan gopal semua larikkkkkkk setiap kali sheols nak suruh dorang rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Negara majoriti muslim mestilah tak mau pemikiran anak2 mereka terikut2 cara melayu yang percaya arab itu islam.
Negara kapir tak perlu risau sebab they already draw the line, just enjoy the story. Ko letak Yaya berniqab pun dorang lagi layan.
Siapa kata 'tudung' is just a piece of cloth on your head. It's a political statement. Kartun pun tidak terkecuali.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|