CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 607|Reply: 2

Ubat Tercemar, 10 Kanak-Kanak Hidap Leukemia Mati

[Copy link]
Post time 15-10-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Sanaa: Sekurang-kurangnya 10 daripada kanak-kanak dan remaja Yaman yang menghidap leukemia meninggal dunia selepas menerima rawatan ubat tercemar yang diseludup ke negara itu.


Ibu kepada salah seorang anak yang enggan namanya didedahkan memberitahu AFP, anaknya mengalami pelbagai kesakitan sebelum doktor memberikan ubat penenang, namun kesakitannya semakin teruk hingga dia tidak sedarkan diri.


Kementerian Kesihatan pemberontak Houthi mengesahkan, seramai 10 orang pesakit kanak-kanak dan remaja meninggal dunia di Hospital Kuwait.


Kanak-kanak dan remaja yang menghidap leukemia di Yaman dirawat menggunakan rawatan kemoterapi yang diseludup dikenali, Methotrexate. Foto: Reuters




"Mereka adalah antara kumpulan 19 pesakit berusia antara tiga hingga 15 tahun.


"Seorang lagi kanak-kanak berada dalam keadaan sangat kritikal.


"encemaran bakteria dikesan dalam suntikan ubat yang diseludup ke negara ini yang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja itu," katanya.


Kementerian kesihatan pemberontak Houthi menyalahkan kematian itu ke atas pasukan gabungan Arab Saudi kerana menyebabkan kekurangan ubat yang tersedia di kawasan yang dikuasai pemberontak Houthi, dan pihaknya juga membuka siasatan ke atas kematian itu.


Menurut sumber kakitangan dan pegawai perubatan, ubat berkenaan melepasi tarikh luput serta kira-kira 50 kanak-kanak dan remaja menerima rawatan kemoterapi yang diseludup dikenali sebagai methotrexate yang pada asalnya dihasilkan di India.


Mereka berkata, seramai 19 kanak-kanak dan remaja meninggal dunia akibat rawatan tamat tempoh itu.


Beberapa doktor di Sanaa berkata, pegawai Houthi secara rahsia bekerjasama dengan penyeludup ubat yang sering menjual ubatan rawatan tamat tempoh kepada klinik swasta dari rumah simpanan di seluruh negara.


Katanya, langkah itu membuatkan pemberontak Houthi mengehadkan ketersediaan rawatan yang selamat.


Sejak perang di Yaman meletus pada 2014, terdapat kekurangan akses kepada sumber asas termasuk makanan dan ubat-ubatan.


Ia mewujudkan rangkaian penyeludupan yang besar antara pemberontak Houthi dan kawasan yang dikendalikan oleh pakatan Arab Saudi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah dan alhamdulillah, syurga buat kanak2 dan remaja tu. Tamat sudah penderitaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 10:58 AM | Show all posts
adoila xpasal ajal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.348116 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list