View: 1918|Reply: 16
|
Fahrin Ahmad Menyampah Makcik Meniaga Nasi Lemak Gaduh Meniaga Sebelah-Menyebelah
[Copy link]
|
|
Susulan video tular memaparkan dua peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur bertengkar kerana menjual menu sama menarik perhatian ramai netizen termasuklah pelakon Fahrin Ahmad.
Berkongsi pandangannya mengenai isu ini, Fahrin, 43, berpendapat tindakan menghalang peniaga lain mencari rezeki di lokasi yang sama adalah tidak wajar.
Tambahnya, peniaga perlulah bersaing secara sihat kerana jika makanan dijual sedap dan berkualiti maka tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka.
Foto: IG
"Entah apa-apa, kalau peniaga masing-masing masak sedap, harga bagus, kualiti bagus apa nak takut... apa nak halang," katanya.
Sedih menonton rakaman video yang tular itu, Fahrin berkata dia kecewa apabila melihat ada peniaga dalam kalangan bangsa sendiri mudah cemburu dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.
Dalam hal ini, Fahrin berpendapat peniaga haruslah bijak menyusun strategi bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka.
"Stesen minyak banyak sahaja jenama yang buka bersebelahan, harga minyak semua sama. Tiada pula tauke mereka bergaduh buat aduan suruh kerajaan tutup.
"Bersepah-sepah tempat orang meniaga benda yang hampir sama, sedih betul tengok peniaga bangsa sendiri macam ini," ujarnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan komen terhadap kelakuan wanita itu yang dikatakan tidak percaya pada rezeki masing-masing.
"Dia tak percaya pada rezeki. Kelakar la awak. Takut persaingan ya.
"Melayu tak pernah nak maju, munculnya orang-orang macam inilah. Hasad dengki tak habis-habis," tulis netizen.
Pada Selasa, tular rakaman video seorang wanita dikatakan menyerang peniaga yang menjual menu serupa dan memberi amaran kepada peniaga itu untuk tidak lagi berniaga di kawasan berkenaan.
Video itu menarik perhatian ramai dan rata-ratanya tidak menyokong perbuatan wanita berkenaan. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg sedih tgk kejadian nie.. mcm.. Ya Allah.. hati manusia nie..
tkejut btl.. tergamak halau camtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
katanya smlm dah kena hangkut gerai acik yg jelez tu.. haaa merasaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sakit hati tgk video tu..serabai betul perangai... |
|
|
|
|
|
|
|
Memalukan sesama bangsa.. Cari rezeki pun bergaduh-gaduh rebut kawasan.. Buruk betul perangai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan tu besar, bole je sama2 meniaga.. alahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang dlm genetic melayu ni dengki tak boleh dipisah keluarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain dia sound "aku tau esok kau takde kat sini"... macam kan dia tuan tanah... |
|
|
|
|
|
|
|
tu yg viral.. yg xviral byk je mcm tu. tu la melayu xbole maju. dengki. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak pelik. Ni mmg biasa sgt la dikalangan acik2 nasik lemak tepi jalan. Koser sangat lah. Tu pasal masa pkp lama dulu aku sikit pun tak kesian kat penjaja tepi jalan especially makcik2 nasik lemak ni. Perangai pailang makcik kawasan sangat. Kat area perumahan parents aku ni, satu2nya makcik nasik lemak area situ akan report kat pbt kalau ada org lain bukak payung niaga padahal jauh jarak dalam 300m dari payung dia mcm tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tempik dpn2 satu hal.yg diam2 hntr santau pun satu hal gak.pelik btl aku.
Padahal x kaya pun kalau kau niaga sorg2 pun
Lain la terus jatuh muflis
Niaga la sama2 |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sepah niaga tepi jalan ni bukan semua sedap...ibarat orang nak niaga kau pun nak. Ada baca sok sek sok sek makcik ni makanan pun tak seberapa dan orang lari gerai lain. Agaknya tu yg dia sempat intip dan tau semua.
Letihlah dan minta kita semua jauh drp orang macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cara kasar xboleh guna cara halus.. Camtulah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kahkah lawak la makcik padan muke satu mlysia viral |
|
|
|
|
|
|
|
Sbbtu kkdg ada ns lemak/mknan sedap baru nak repeat tetiba dah xde… ni kes2 x puas hati acik2 sblh la kut |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pun kena angkut.
Cakap besar sangat makcik tu.
Kalau iols mmg tak beli dah kat makcik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak Fahrin Hensem. Bakalan lg hensem bila besar nnti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|