CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4449|Reply: 37

'Jangan Dengki Sampai Membunuh Orang Lain' - Ada Rakan Seindustri Dengki Dengan Elly?

[Copy link]
Post time 12-10-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode


Teletah gila-gila Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom ini berjaya menggamatkan suasana sepanjang konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) berlangsung.


Di sebalik pujian melambung yang diterima, terselit juga kata-kata nista mengecam caranya mengendalikan program hiburan nombor satu di Malaysia itu.


Ada yang berpendapat Elly terlebih ‘gedik’ dan cuba untuk kelihatan lebih menyerlah berbanding peserta yang bertanding. Malah, tindakannya yang turut sama menari dengan para peserta pada konsert minggu ketiga dikatakan seolah-olah mengganggu mereka.




Astro/AzrulRafie/IG




Enggan melatah dengan sebarang kecaman yang dilemparkan kepadanya, Elly mengambil pendekatan untuk tidak menambahkan bara.


Niatnya hanyalah satu iaitu cuma untuk menghiburkan seluruh penonton Gegar Vaganza.


“Kami sebagai pengacara juga perlu ‘perform’. Tak boleh kalau tak ‘perform’. Jadi tiada istilah cuba untuk melebihi dari bintang yang bertanding.


“Kerana kalau saya tidak ‘perform’ dan lakukan tugas saya dengan cara hambar di atas pentas pun akan menjadi pertikaian. Apa yang saya tahu, saya nak jaga program ini supaya program ini ‘hidup’,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert mingguan GV9.


Katanya lagi, bukan dia tidak mahu mendengar nasihat dan pendapat orang lain, tetapi kadang kala dia harus pekakkan telinga kerana apa yang dilakukannya itu adalah atas permintaan.


“Ini adalah tanggungjawab yang diberi. Jadi saya kena lakukan yang terbaik. Memang saya menghormati pendapat orang luar tapi kadang-kadang saya terpaksa tutup telinga saya dan terus lakukan apa yang saya lakukan kerana ini memang permintaan. Jadi, saya kena lakukan perkara itu.


“Untuk menggalas tanggungjawab menjadi pengacara GV9 ini bukan senang. Macam saya cakap, hati kena cekal. Sebab akan ada yang suka dan tidak.


“Macam saya, nasib baik lebih banyak yang suka daripada tidak. Walaupun ada yang kecam, ada juga yang akan bidas balik. Saya tak pernah minta mereka berbalah. Tetapi saya berterima kasih buat mereka yang menyokong saya," ujarnya.


Tambahnya lagi, dia tidak risau andai ada netizen yang tidak menyukai caranya kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.




Gambar Astro/AzrulRafie




“Macam contoh minggu lalu, ada isu yang mengatakan bahawa saya kacau peserta yang sedang membuat persembahan.


“Saya tak boleh nak marah netizen sebab mungkin yang berkata itu adalah disebabkan sedutan yang telah disunting dan dimuatnaik ke Tik Tok dan sebagainya. Tiba-tiba mereka lihat saya sudah berada di tengah pentas, itu yang menjadi punca mereka marah.


“Tetapi siapa yang tahu perkara sebenar yang terjadi, mereka akan tolong jelaskan perkara sebenarnya. Misalnya, ada yang maklumkan kepada yang tidak tahu bahawa para penarilah yang sebenarnya menarik  saya ke tengah pentas.


“Sebab itu kalau lihat di Instagram saya, saya tidak muatnaik sebarang visual untuk membetulkan keadaan. Sebab pada saya jawapan dah ada terang-terang dalam TV.


“Jadi tak perlu untuk saya ulas balik di akaun media sosial saya. Satu hari nanti pasti mereka akan sedar bahawa rupanya mereka tersilap dan akan lihat video yang sebenar,” kongsinya.


Ditanya tentang perasaannya apabila dia dipuji oleh beberapa rakan artis seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Fauziah Nawi dan Nana Mahazan, Elly berkata, dia sangat tersentuh dengan pujian mereka.


“Saya tersentuh lihat mereka menghargai apa yang saya lakukan kerana mereka faham ini adalah tugas kita. Namun, ada juga yang memberikan pendapat yang keterlaluan sehingga membuka ruang untuk orang lain berteka teki.


“Pada saya ini adalah perkara yang tak bagus. Industri kita ini tak besar mana. Bukankah kita harus bersatu daripada menjadi toksik ataupun cuba nak memecah belah diantara penyokong.


“Lagi satu saya rasa terlalu tua untuk kita jadi budak-budak. Sepatutnya kita kena ‘move on’, kena jadi matang dan percaya pada rezeki. Saya sedar saya masih hijau dalam bidang ini dan saya bukanlah artis hebat yang sudah menang pelbagai anugerah.


“Tetapi saya cuma mengharapkan, kenapa kita tidak berkasih sayang? Kenapa perlu sindir menyindir di media sosial? Kadang-kadang pendapat itu boleh menjatuhkan fitnah sebab pendapat itu kita yang bagi sendiri,” tuturnya.


Ditanya adakah dia kecewa apabila ada rakan seindustri sendiri yang cuba menyindirnya, kata Elly dia tidak kecewa tetapi mengharapkan bahawa individu tersebut sedar bahawa setiap orang ada peranan masing-masing dalam menjalankan tugas.


“Saya harap individu berkenaan kembali sedar yang kita bekerja untuk menghiburkan orang tanpa ada niat untuk menyerlah seorang diri. Tidak dik! Kak Lina bukan orang yang macam tu. Alhamdulillah sudah ramai orang yang saya bekerjasama tetapi tak pernah ada masalah.


“Jadi saya harap, yang mana yang sudah terbabas tu, kembali semula dan cuba fikir secara matang. Fikir juga bahawa rezeki ini Allah dah berikan untuk masing-masing. Jangan nak dengki dengan rezeki orang sampai membunuh orang lain. Tak elok benda tu. Jadi oleh itu, saya mohon agar individu itu sedar. Terima kasih,” luahnya.




Sumber: Getaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga klpp menang something kat abph nanti..
Satu lagi..carilah lagu yg berkualiti utk buat solo..suara klpp pun sedap juga
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:05 PM | Show all posts
moga bertambah sukses kak lina pompom..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu
Yg perli pun dh khwin org kaya ptt jadi tai tai x yh fikir pasl kualiti pengacaraan KLPP sbb rncangab ni pun rncgn hiburn x kn nk sebut fakta tiap masa
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau bingit tapi aku suka klpp nie..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo setakat netijen komplen, ko whoareyus kan sajok tau kepom
Yg patut dirisaukan ialah kalo sesama retis yg dengki
Yang tu bahye dekkkkkkkk
Kepom mesti baca porem sbb minggu lepas heshe teshashul ckp kude kat laki jering
Lebiu mamahhhhh hyderrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau bingit tapi aku suka klpp nie..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dibah AA ke slalu kutuk nek lina?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
lyshafull replied at 12-10-2022 12:17 PM
Ok la tu
Yg perli pun dh khwin org kaya ptt jadi tai tai x yh fikir pasl kualiti pengacaraan KLPP sb ...

Shiapaaa??? Best apa Kak Lina jadi pengacara
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka klpp. Kat mana mana ada orang dengki kalau kita rezeki lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:57 PM | Show all posts
lyshafull replied at 12-10-2022 12:17 PM
Ok la tu
Yg perli pun dh khwin org kaya ptt jadi tai tai x yh fikir pasl kualiti pengacaraan KLPP sb ...

siapakahhhhh???
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 01:24 PM | Show all posts
Suke dia but really wish dia tak over sgt kat gv tu...rimas juga kadang2.. Rezeki dia macam2 job dia dapat.. Semoga dipermudahkan & murah rezeki klpp
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 01:28 PM | Show all posts
ni yg tweet sorg lg hos gv backstage tu la kot

bila ada yg tegur tu
tgk2 sama
ade yg perlu diwhoareyusskan
ada yg perlu diperhatikan

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:24 PM | Show all posts
Thanks KLPP, u buat i gelak mengekek2 tgk GV. Biasanya kalau time nabil & jihan tu i pergi buat benda lain sementara nak tunggu contestant menyanyi, tahun ni i duduk taat kat sofa nak tgk u. U & nabil best, u & sherry pun best
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka Kepom
Tapi aku benci Tom
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
buat apa pun
maruah sbg isteri kpd sorg suami
patut dijaga sama
dah mcm belut letrik or org kena sawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kak lina dear, tolong la jangan guna ayat dengki ni kalau nak kekal relevan..u dah cukup ok dah..xperlu keluar statement mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
marchikobonzo replied at 12-10-2022 06:24 AM
Thanks KLPP, u buat i gelak mengekek2 tgk GV. Biasanya kalau time nabil & jihan tu i pergi buat bend ...

Maksudnya memang dia bagus kan... Letak dgn siapa2 dia ok...
Nak t ggu dia sempurna come on.. barau stahun dua ni dia start mengacara. Tgh bina empayar .. lepas ni dah xpayahlah lg ifa raziah jd artis versatile abp... Kak lina dah ada potensi....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:47 PM | Show all posts
silampumeja replied at 12-10-2022 06:39 AM
Maksudnya memang dia bagus kan... Letak dgn siapa2 dia ok...
Nak t ggu dia sempurna come on.. bara ...

Kecuali dia ngan si syuk tu ..cringe to the max..

Bila dia rebrand diri dia as KLPP tu yg jadi laku keras..ada alter ego dia as pengacara..

Even judges GV pun gelak2 tengok dia..at least dia bahan diri dia, bukan kutuk orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:49 PM | Show all posts
Tembikaigoreng replied at 12-10-2022 12:53 PM
Shiapaaa??? Best apa Kak Lina jadi pengacara

CP SI. tapi CP SI dah clarify bagitau netizen yg cakap bukan2.walhal dia tak sebut pun nama sapa2.net yg batu api.hihihi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.368465 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list