CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Kedah] Padah sarung cincin di kemaluan, bomba terpaksa bantu potong

[Copy link]
Post time 12-10-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Cincin yang dipotong pada kemaluan lelaki di HSB Alor Setar tengah malam tadi

ALOR SETAR: Sakit dapat, malu apatah lagi. Demikian nasib malang seorang lelaki yang memasang cincin pada kemaluannya apabila ia tidak dapat ditanggalkan.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil membantu memotong cincin pada kemaluan seorang lelaki dalam kes kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.45 tengah malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang tiba di lokasi membantu pihak hospital untuk memotong cincin pada kemaluan mangsa yang berusia 29 tahun itu.


"Anggota bomba menggunakan alat pemotong khas untuk memotong cincin terbabit yang dilakukan berhati-hati untuk mengelak dari kecederaan.

"Operasi itu mengambil masa kira-kira 15 minit dan tamat pada jam 1.45 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Setakat ini, belum dapat dipastikan punca lelaki terbabit memasang cincin pada kemaluannya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rpaksa-bantu-potong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.886265 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list