CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 1

[Kedah] Kebas iPhone 13 ketika pekerja ambil 'free gift'

[Copy link]
Post time 9-10-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video CCTV kejadian curi iPhone 13. FOTO IHSAN PEMBACA

Kulim: "Ketika itu saya tunduk kerana mahu mengambil barang selepas lelaki berkenaan bertanya mengenai 'free gift' (hadiah), namun terkejut apabila dia sudah tiada sebaik bangun," kata Hazira Zabudin, 29.

Pekerja kedai telefon bimbit itu menceritakan kejadian seorang lelaki melarikan telefon pintar iPhone 13 di kiosk di sebuah pusat beli-belah, di sini Jumaat lalu.

Rakaman kamera litar tertutup kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan lelaki itu yang berpelitup muka dan berkaca mata.


Menurut Hazira, lelaki itu lingkungan usia 20-an disangka pelanggan pertama apabila menyapanya dan bertanya mengenai telefon bimbit pada 10.30 pagi.

"Saya melayan dia seperti pelanggan lain dan langsung tidak curiga apabila dia beritahu setuju untuk membeli iPhone 13 yang berharga hampir RM4,000.

"Saya kemudian membuka kotak telefon pintar itu untuk menunjukkan kepada dia, sebelum dia bertanya mengenai pembayaran melalui kad debit dan 'free gift'.

"Ketika tunduk mencari 'free gift' itu.. beberapa saat sahaja, bila saya berdiri semula, lelaki berkenaan hilang bersama telefon berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia cuba mencari lelaki itu di sekitar pusat beli-belah namun tidak menemuinya sebelum membuat laporan polis.

Akuinya, kejadian itu pertama kali berlaku dalam tempoh empat tahun dia bekerja dan menjadikan dia trauma untuk berurusan dengan pelanggan.

Difahamkan, rakaman tular di media sosial itu daripada CCTV yang dipasang tersorok di kiosk berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rja-ambil-free-gift

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2022 03:23 PM | Show all posts
debit bleh limit 4k ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.189371 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list