CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 0

F1: Tsunoda teruja aksi pertama di Suzuka

[Copy link]
Post time 8-10-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode

TSUNODA akan beraksi buat kali pertama di Litar Suzuka selepas aksi sebelum ini dibatalkan akibat pandemik Covid-19. – AFP


SUZUKA – Pelumba pasukan Alpha Tauri, Yuki Tsunoda me­ngakui cukup teruja apabila dapat pulang ke ‘kampung’ sendiri untuk membuat penampilan kompetitif saingan Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Jepun di Litar Suzuka esok.

Meskipun ini adalah tahun kedua Tsunoda bersaing dalam kejohanan permotoran paling berprestij itu, pelumba berusia 22 tahun itu masih belum berpeluang beraksi Litar Suzuka dan di hadapan penyokongnya sendiri ekoran GP Jepun dibatalkan sejak musim 2020 ekoran pande­mik Covid-19.

Kata Tsunoda, peluang ber­aksi di hadapan penyokong sendiri menyuntik semangat untuk berikan yang terbaik dan perlu digunakan sebaik mungkin pada hari perlumbaan nanti.

“Secara jujur, ini adalah detik yang saya nantikan kerana hanya beberapa tahun lalu, saya hadir ke sini sebagai penyokong, tetapi kali ini situasi berbeza apabila saya tiba sebagai pelumba F1 dan bakal beraksi di sini.

“Sambutan yang diberikan juga cukup menggalakkan dan sudah pasti saya mahu mengha­diahkan sesuatu buat penyokong yang hadir khususnya dalam usaha menamatkan perlumbaan dengan rentak positif,” katanya.

Sebagai rekod, Tsunoda menjadi pelumba Jepun kedua yang beraksi di Litar Suzuka untuk saingan F1 selepas Kamui Koba­yashi melakukannya pada edisi 2014.

Tsunoda yang sah akan kekal bersama Alpha Tauri musim depan gagal mempamerkan prestasi konsisten musim ini apabila hanya mengutip 11 mata selepas mengharungi 17 perlumbaan.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -pertama-di-suzuka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.101450 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list