CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Kedah] Kedah larang semua konsert terbuka

[Copy link]
Post time 8-10-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Firdaus (depan) bersama orang ramai menyertai kayuhan ‘Fun Ride’ pada majlis sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kedah, hari ini. - FOTO BERNAMA

JITRA: Kerajaan negeri memutuskan semua penganjuran konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad, berkata perkara itu ditetapkan hasil perbincangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bersama barisan EXCO pada Mesyuarat EXCO Negeri, baru-baru ini.

"Saya telah membentangkan isu ini dalam mesyuarat dan keputusan dibuat kerajaan negeri ialah melarang sebarang konsert secara terbuka di Kedah.

"Ada yang menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang penganjuran program, jangan salah faham... tiada masalah hendak menganjurkan program tetapi mahu menyelitkan konsert secara terbuka dalam program, itu yang tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kedah, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil perbincangan dengan Menteri Besar Kedah mengenai perkembangan larangan konsert secara terbuka di Kedah.

Mohd Firdaus berkata, sebarang permohonan permit hiburan berkenaan yang dikemukakan pihak penganjur kepada pegawai daerah, tidak akan diluluskan sama sekali.

"Semua pegawai daerah sudah mengetahui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kalau permohonan itu tepat dan mematuhi SOP, maka permit untuk menjalankan program akan diluluskan. Pegawai daerah akan memantau supaya kejadian sama tidak berlaku lagi.

"Bukanlah semua benda dilarang. Contohnya kalau konsert nasyid, 'busking' atau program yang dijalankan di dalam dewan atau secara tertutup, ia mungkin akan dipertimbangkan oleh pegawai daerah," katanya.

Isnin lalu, media melaporkan Muhammad Sanusi mengumumkan sebarang penganjuran aktiviti konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila dalam kalangan pengunjung, tidak dibenarkan di seluruh Kedah, berkuat kuasa serta-merta.

Ia berikutan tular dalam media sosial, baru-baru ini, rakaman video persembahan kumpulan muzik di atas pentas dihadiri anak muda sambil melakukan pelbagai aksi, antaranya menari di Balai Seni Alor Setar yang mengundang perasaan kurang senang orang ramai susulan diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... mua-konsert-terbuka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061789 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list