CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2397|Reply: 23

Payah Nak Dapat Tiket Feri Sekarang, Punca Ramai Batal Datang Langkawi

[Copy link]
Post time 7-10-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Kegagalan mendapatkan tiket feri dipercayai menjadi punca ramai pelancong membatalkan tempahan bilik untuk ke Pulau Langkawi menjelang cuti umum Maulidur Rasul hujung minggu ini.


Difahamkan sebelum ini perjalanan feri sebanyak 12 kali sehari kepada lima sahaja sekarang dan perkara itu menjejaskan kedatangan pelancong.


Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) melahirkan kebimbangan itu apabila hampir 20 aduan setiap hari daripada ah­linya termasuk dengan industri pelancongan lain di situ.




Foto:Kosmo




Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir, pihaknya merekodkan pembatalan seba­nyak 29 peratus sehingga 3 Oktober lepas bagi tempahan sepanjang cuti panjang hujung minggu sehingga Isnin itu.


“Pembatalan ini melibatkan hotel, chalet dan inap desa pe­ngusaha di bawah naungan LTA iaitu sebanyak 29 peratus. Saya dimaklumkan banyak yang membuat tempahan, namun batalkan setelah gagal mendapatkan tiket feri ke sini.


“Orang sudah malas untuk ke Langkawi, banyak yang memilih untuk ke Cameron Highlands atau Hatyai, itu realiti sebenar­nya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Tambah Zainudin, itu satu masalah besar yang menyelubungi industri pelancongan Langkawi dan perlu ditangani segera oleh agensi dan kerajaan.


“Sempena cuti Maulidur Rasul ini, tempahan banyak diperoleh di sekitar Pantai Cenang sahaja sementara di kawasan lain termasuk pekan Kuah masih le­ngang.


“Contoh mudah, datang dan lihat sendiri keadaan di Terminal Feri Kuah. Dahulu ada 25 kaunter sekarang tinggal lapan sahaja. Banyak pengusaha terdiri agensi pelancongan termasuk kereta sewa ini tidak mampu bertahan kerana kedatangan semakin berkurangan,” dakwanya.


Sehubungan itu, kata beliau, selain memperbanyakkan jadual perjalanan feri pihaknya berharap lebih banyak lesen diberikan kepada pengusaha luar yang berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan laut itu. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols ajak gi.langkawi
Iols.cko.elok kita jenjalan kat tanah beso.je..
Feri.sikit.trip dah.tak.mcm.dolu
Haruuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 7-10-2022 04:44 PM

Tahun 2018 iols naik feri ke Langkawi sbb ikut satu rombongan kebajikan gitu. Hala balik, ada satu family rombongan lain (katanya satu keluarga besar satu bas) naik feri kami. Sebab nombor seat overlapping dgn kitorang, rupanya diaorang terlambat sampai ke jeti dan miss feri diorang. Senang2 je takde siapa yg pihak berkuasa feri sekat diorang daripada naik. Diorang beratur ahead of rombongan kitorang pulak tu, jadi bila kitorang sampai masuk dlm feri, semua seat kitorang dah ada org duduk! Bayangkan feri overloading manusia dgn barang2 entah hapa2 main susun tenggek2 kat kaki dan serata lantai dalam dan luar ( yg muncung feri tu). Dah sah2 lah takde pakai life jacket semua.

Puas organiser kami bertekak dgn Ketua rombongan family tu, pastu panggil budak2 feri yang ada. Diorang kata bukan kerja diorang, diorang hanya tukang sambut baling beg je. Bayangkan kitorang kena duduk himpit2 selit2 kat seat. Ada warga emas mak2 Datin pun Ada rombongan kami. Iols tak sangka betul gitu kaedah naik feri ke Langkawi. Masa hala pergi ok je, lepas subuh. Kami pun takde barang sgt hanya beg overnite saja. Barang2 bantuan semua, ada wakil dh tolong siap standby. Jadi barang2 kitorang taklah banyak, tapi family tu, dgn segala mala toto periuk belanga bawak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 05:01 PM | Show all posts
Langkawi is cancel yaachhh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 7-10-2022 04:41 PM
Tahun 2018 iols naik feri ke Langkawi sbb ikut satu rombongan kebajikan gitu. Hala balik, ada satu f ...

Sekarang naik feri dorang cek tiket satu2. Mykad pon kene tunjuk skali. Nak pastikan nama kat tiket sama macam dalam ic. Kalau tak silap adelah dalam 3 kali dorang cek sebelum naik feri. Ni kalau kat jeti kuala perlis lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 7-10-2022 05:42 PM
Sekarang naik feri dorang cek tiket satu2. Mykad pon kene tunjuk skali. Nak pastikan nama kat tike ...

Oh baguslah kalau gitu. Memang seriklah sebab kejadian tu, rasa cam baru, tapi tup tup dah 4 tahun dah. Thanks uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
“Orang sudah malas untuk ke Langkawi, banyak yang memilih untuk ke Cameron Highlands atau Hatyai, itu realiti sebenar­nya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 7-10-2022 04:41 PM
Tahun 2018 iols naik feri ke Langkawi sbb ikut satu rombongan kebajikan gitu. Hala balik, ada satu f ...

Laa..mmg free sitting pun ferry Langkawi..ferry pangkor tu..saja menyusahkan org yg pertama kali naik dok tengok no.seat diorang akan sumbat selagi ferry xkaram..naik ferry at ur own risk gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lahanat. Dulu ada trip tengahari dari kuala perlis. So boleh naik ets. Sekarang yg ada trip pagi n perang jer.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 7-10-2022 04:41 PM
Tahun 2018 iols naik feri ke Langkawi sbb ikut satu rombongan kebajikan gitu. Hala balik, ada satu f ...

Huishhh scary muatan berganda. Syukur tak jadi apa2. Ni elok ada kaki bising je ni buat havoc bila dah mendarat minta balik tambang
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
naik la flight.. airasial banyak seat kosong
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn sbb feri pun...hotel mahal, sewa kete mahal, restoran mahal, coklat pun mahal ..kot hotel murah mcm baru lps pkp aritu..confirm penuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 7-10-2022 05:42 PM
Sekarang naik feri dorang cek tiket satu2. Mykad pon kene tunjuk skali. Nak pastikan nama kat tike ...

Udah serupa naik flight pulak.dah bertahun2 tak naik feri g langkawi, mls lama nak spi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 7-10-2022 04:41 PM
Tahun 2018 iols naik feri ke Langkawi sbb ikut satu rombongan kebajikan gitu. Hala balik, ada satu f ...

I last  pergi Langkawi thn 2017..penat juga menunggu dan beratur nak naik feri. Pengalaman beg letak di tempat beg...bertimpa2 beg. Bila nak mendarat penat mencari beg. Rasa serik. Sudahlah naik feri mcm berbau...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
tdk boleh jmpa minum kopi skali hihi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:45 AM | Show all posts
I need to go to Langkawi next year or something.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg teringin jugak nk bawa budak2 ni merasa naik feri mcm kita kecik2 dlu…tp bila pikir crowded nya dgn nk bwa beg nk amek beg kang hilang pulak budak2… so option tggal naik flight je lah…
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 7-10-2022 05:07 PM
Kdg teringin jugak nk bawa budak2 ni merasa naik feri mcm kita kecik2 dlu…tp bila pikir crowded nya ...

Bawa saja kereta lebih selesa dan view pun cantik dari naik ferry... If boleh request minta ambil schedule roro paling besar di atas ada bench dan table boleh makan snacks seperti picnic begitu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 11:29 AM | Show all posts
dari pi langkawi.. baik pi london

kata acik2 porom
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 12:16 PM | Show all posts
Masaaalah dah lama suarakan masih tak selesai2 juga.  Kata nak galankan pelancongan dalam negara kalau macam tu hasilnya mana tak ramai pilih untuk seberang sempadan belanja pun lebih murah tambah ada benda gembira yang ditawarkan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.351976 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list