CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 0

Rossa harap Lesti Kejora dan anak sihat fizikal dan mental

[Copy link]
Post time 5-10-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Rossa harap Lesti Kejora dan anak sihat fizikal dan mental


Rossa.


Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa, 43, adalah insan rapat yang dihubungi

penyanyi dangdut, Lesti Kejora, 23, pada malam kejadian dia menjadi mangsa keganasan suaminya, pelakon Rizky Billar.

Rossa ketika ditemui berkata, hubungannya dengan Lesti sangat baik. Mereka rapat sejak Lesti mula menjalin hubungan cinta Rizky, berkahwin sehinggalah memperoleh anak.

"Apa yang saya mahu, selepas berlaku perkara itu agar kesihatan Lesti dan anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang berusia 10 bulan terbela. Saya berharap mereka dua beranak itu sihat fizikal dan mentalnya," katanya pada sidang media Konsert Amal Rossa 25 Shining Years, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebagai teman yang saling mengenali, beliau hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Lesti.

Kata Rossa, paling utama adalah katakan tidak untuk kekerasan dan keganasan dalam rumah tangga tidak kira membabitkan sesiapa pun.

Terdahulu, Lesti sebelum ini membuat laporan polis di bawah kes KDRT (Keganasan Dalam Rumah Tangga) mendakwa Rizky memukul dan mengasari dirinya.

Sementara itu, Konsert Amal Rossa 25 Shining Years akan diadalan pada 5 November ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hingga kini, sebanyak 80 peratus tiket sudah habis dijual.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -fizikal-dan-mental

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062056 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list