Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie menyeru semua kumpulan rock di Malaysia agar tidak menggunakan status 'band' rock sebagai tiket untuk bersikap biadab ketika melakukan persembahan di atas pentas.
Memetik laporan Gempak, Awie yang juga vokalis kumpulan Wings itu berkata, penyanyi 'band' rock di Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi dan tidak terpengaruh dengan rock luar hingga terbawa-bawa ketika membuat persembahan.
"Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia mencarut dan berkelakuan aneh ketika buat persembahan.
"Rock ini ada kategori-kategorinya. Rock punk, rock death metal dan sebagainya. Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk?
Kalau betul rocker, tidak begitu.
"Band di Malaysia ini kebanyakkannya Melayu dan kita ada adab. Adab kita sangat tinggi.
"Rock memang ada attitude g*mpang tapi jangan ambil yang g*ampang," katanya ketika yang ditemui dalam sidang media Konsert Naga Keramat.
Penyanyi berusia 53 tahun itu turut berkata, dia ingin mengingatkan kepada semua penyanyi band rock di Malaysia agar tidak terbawa-bawa masalah peribadi ke atas pentas.
"Saya seru semua penyanyi band walaupun rock macam mana sekali pun jaga adab. Kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, kita hancurkan, kesian ibu bapa.
"Jangan mulakan sesuatu yang bodoh, carilah sesuatu dari sudut positif. Dalam seni muzik macam-macam boleh dibuat.
"Saya dah 37 tahun nyanyia, rebel itu hanya diluar pentas. Jangan bawa atas pentas, nanti satu dunia tahu.
"Kalau nak rebel boleh, tapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk atas pentas.
"Selagi beriman, insya-Allah kita boleh kawal perkara itu," katanya yang mengulas isu penyanyi meludah ke arah penonton ketika melakukan persembahan pada sebuah konsert baru-baru ini. -CARI
|