View: 779|Reply: 1
|
'Macam mana rock sekalipun biarlah beradab' - Awie
[Copy link]
|
|
'Macam mana rock sekalipun biarlah beradab' - Awie

Datuk Awie. FOTO Owee Ah Chun
Kuala Lumpur: "Sebenarnya ada kategori-kategori rock. Dia...antara rockers, ataupun 'beruk'.
"Kalau rockers, dia tak begitu. Tapi kalau 'beruk', mungkin dia begitulah kan," kata Datuk Awie berkenaan isu penyanyi rock berkelakuan melampau di atas pentas.
Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, setiap manusia ada adab dan ia perlu dijaga.
"Walau macam mana sekalipun, adab ketimuran kita ini, budaya kita orang Melayu tinggi adabnya. Kalau kita tiada adab, ia biadap. Ia bukan budaya Melayu.
"Saya menyeru walau macam mana rock sekalipun biarlah beradab. Jagalah adab kita. Kasihan emak bapa yang melahirkan kita. Didik dengan penuh sopan santun dan adab tertibnya.
"Penat bawa kita belajar, mengaji dan sebagainya, tiba-tiba kita hancurkan adab kita. Untuk apa? ," katanya pada sidang media Konsert Wings Naga Kramat, di sebuah hotel, di sini.
Mengulas lanjut, Awie meminta agar setiap artis yang beraksi agar tidak memulakan perkara yang meniup kebencian daripada peminat.
"Inilah masalahnya. Janganlah mulakan dan jangan buat. Kita sebagai penyanyi atau influencer, jangan mulakan perkara bodoh.
"Kalau kita mulakan benda yang bodoh, mereka yang di bawah akan jadi bodoh macam kita juga. Buat apa kita nak memperbodohkan mereka.
"Baik kita cari benda yang positif. Dari sudut seni ini macam-macam benda kita boleh buat," katanya.
Awie berkata, muzik rock ada kategorinya dan budaya tersendiri yang asalnya dari luar.
"Janganlah ambil perkara yang negatif itu. Kita janganlah membudayakan kelakuan yang tidak baik itu di sini. "Sebenarnya apa yang berlaku adalah kerana individu itu sendiri tanpa mengira era rock mana. Kita salahkan individu itu sendiri. Dia nak bawa ke mana arah diri dan tujuannya.
"Kalau arah positif, positiflah ia. Begitu juga sebaliknya. Jangan jadikan anak-anak yang lahir selepas ini sebagai generasi yang tidak bertamadun," katanya.
Menurutnya, artis tidak boleh membawa masalah peribadi ke atas pentas. Malah selama 37 tahun menyanyi, dia langsung tidak pernah berbuat demikian.
Sementara itu, Konsert 'Naga Kramat' anjuran MW Mega dan Awie Entertainment akan berlangsung pada 22 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... iarlah-beradab-awie
|
|
|
|
|
|
|
|

Ada beza rockers dengan beruk – Awie Wings
KUALA LUMPUR – Vokalis Wings, Datuk Awie menggesa penyanyi rock tidak menjadikan genre diperjuangkan sebagai lesen berkelakuan kurang sopan dengan alasan menjiwai persembahan.
Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu berkata, sebagai masyarakat Timur yang berpegang kuat kepada adat dan adab, seharusnya anak seni tempatan tidak membudayakan pelakuan kurang manis.
“Memang genre muzik rock itu keras selain memiliki kategori tertentu macam punk rock, death metal dan sebagainya, tetapi kita jangan jadi generasi tak bertamadun.
“Kita di Malaysia, membudayakan kelakuan yang tidak baik itu tak seharusnya diamalkan. Janganlah ambil yang negatif atau buat perkara aneh.
“Kalau berkelakuan aneh itu siapa? Sebenarnya banyak beza antara bintang rock dengan ‘beruk’. Kalau ‘beruk’, begitulah agaknya. Rockers tak begitu.
“Adab budaya kita orang Melayu sangat tinggi. Biadab itu bukan orang Melayulah. Kita ini walau rock macam mana sekali pun biarlah beradab,” katanya selepas sidang media Konsert Wings Naga Kramat di sini, hari ini.
Anak seni yang sudah hampir empat dekad adalam industri hiburan itu berkata demikian sebagai pesanan kepada penyanyi pelapis supaya tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar.
Katanya, teguran juga perlu diluahkan andai ada dalam rakan seperjuangan melakukan kesilapan sebegitu supaya kekhilafan yang tidak disedari dapat diperbetulkan.
Pada masa sama, Awie turut mengingatkan mana-mana penyanyi supaya tidak membawa masalah peribadi ke atas pentas.
“Saya sudah 37 tahun menyanyi. Kalau ada masalah peribadi, jangan kita ‘hentak’ di atas pentas dan biarkan orang tahu. Kalau kata mahu tunjuk ‘rebel’ bukan di hadapan penonton, nanti satu dunia tahu.
“Bukan tak boleh luah, tetapi zahirkan perasaan atau situasi tersebut menerusi penulisan lirik atau muzik. Berkaryalah selagi tidak mendatangkan mudarat. Karakter yang ada juga sudah cukup membangunkan band.
“Kasihanlah pada mak ayah yang melahirkan dan mendidik kita dengan adab, sopan, ajar mengaji dan belajar, tetapi tiba-tiba kita hancurkan dan jadi begitu, kenapa?” katanya.
Awie bagaimanapun berkatw, pesanan berhubung tatasusila, terutama di pentas persembahan itu tidak ditujukan kepada individu tertentu, sebaliknya turut menjadi ingatan kepada semua.
“Mungkin dia sedang tertekan, memendam rasa, bergaduh atau anak dia tak makan. Benda ini kita kena ambil kira permasalahan individu, tapi saya tak tuju kepada sesiapa kerana saya dulu pun pernah berada dalam situasi sebegini.
“Cuma bila saya fikir panjang, saya cakap ‘aku tak boleh jadi macam ini, kalau aku ikut perangai orang di depan aku ini, aku pun boleh jadi macam dia,” kongsinya lagi.
Sementara itu, mengenai Konsert Naga Kramat yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur ada 22 Oktober ini, katanya sekitar 80 peratus tiket sudah ditempah peminat.
Mereka yang ingin mendapatkan tiket konsert anjuran MW Mega Production itu boleh melayari www.ticket2u.com.my/nagakramat untuk pembelian.
Harga istimewa RM169 ditawarkan kepada pelajar bagi kawasan berdiri Bujang Senang berbanding harga asal iaitu RM244, manakala tiket lain adalah RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama). – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|