View: 5109|Reply: 49
|
Didakwa Ditipu Hidup-Hidup! Ejen Rugi Beribu, Terpaksa Buang Stok Tak Laku! "Founder Dah Order Lamborghini, Beli Beg Mewah"
[Copy link]
|
|
Siapa yang tidak sakit hati mengenangkan nasib ditipu oleh pengasas produk.
Lebih malang apabila mereka terpaksa menanggung kerugian gara-gara barangan jualan tidak laku.
Kerugian bukan ratusan ringgit, tetapi mencecah ribuan selepas mengambil stok produk untuk dijual.
Turut ditimpa nasib malang itu adalah seorang pemuda yang menggelarkan dirinya Fareed, mengalami kerugian besar yang dakwanya disebabkan oleh pengasss produk.
Foto: mStar
Tanpa mendedahkan produk dan pengasas berkenaan, Fareed menerusi perkongsian video di laman TikTok mendakwa dirinya ditipu hidup-hidup angkara sikap pengasas yang tidak bertanggungjawab.
"Ditipu hidup-hidup dengan founder sampah!
"Aku terpaksa buang semua ini walaupun kerugian besar," tulisnya pada video tersebut.
Menerusi video tersebut, kelihatan dua lelaki mengusung satu kotak besar mengandungi stok yang tidak laku dipercayai produk kecantikan sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah.
Menurut Fareed, pengeluaran produk itu juga dihentikan oleh pengasas itu sendiri, namun tidak diperjelaskan sebab dia berbuat demikian.
Dalam pada itu, jejaka ini turut menyatakan jika pihak atasan menjaga bahagian pemasaran dengan baik, pastinya ejen-ejen boleh meneruskan perniagaan itu.
Dipercayai, pengasas tersebut tidak telus dalam operasi yang didakwa melibatkan pihak ketiga iaitu pemborong sehingga menjejaskan jualan ejen.
"Sebabkan dia sendiri yang tolak pemborong sampai team kami tak boleh cari makan.
"Terlalu kecewa tolonglah berlaku jujur jangan aniaya kami,” katanya.
Menerusi ruangan komen, Fareed turut menyatakan kuantiti kerugian dan perlu mengambil masa setahun untuk menghabiskan jualan sebanyak 10,000 kotak.
Bagaimanapun, masih berbaki 2,000 unit yang tidak sempat dijual kerana barangan tersebut semakin hampir tarikh luputnya.
Susulan perkongsian itu, warga maya turut meluahkan kemarahan dan kesedihan mereka terhadap video yang meraih lebih 1.4 juta tontonan di TikTok.
"Founder dah order Lamborghini dengan shopping beg mahal-mahal serta pergi bercuti luar negara. Ejen-ejen masih kena buat live nak jual barang.
"Dulu aku tengok orang berniaga seronok. Slow-slow aku cuba jadi dropship. Lepas tu jadi ejen. Bila jadi ejen baru aku faham, sebenarnya yang buat laku tu orang macam aku.
"Yang kaya founder. Katanya stok habis dijual. Dia jual dekat pemborong dan mereka gulung tikar.
"Founder kaya sebab ejen beli banyak. Lepas tu tak terjual. Bukan sebab ramai orang beli," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii....masih lg nak percaya segala founder mounder niii... |
|
|
|
|
|
|
|
Kambus belakang rumah kak dudaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa baru sedar ke taktik cenggini? |
|
|
|
|
|
|
|
ejen2 ni tak reti bertobat ke. ce pilih produk yg elok dan dipercayai setakat timbang kilo ni alahaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada duit beribu, mula kan bisnes sendiri.. bukan beli produk sampah lahanat ni..
tak kisah lah bisnes apa, janji tak tipu orang..
bisnes belacan, telur masin, telur pindang, jeruk petai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ejen2 ni dok dlm gua ke selama ni….tlg la rajinkan membaca utk elakkan kena tipu dgn founder2 sampah ni..end up yg kaya si founder, yg makin miskin si ejen… |
|
|
|
|
|
|
|
Produk apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
ada je founder okey. kenapa dikejar founder flex rich ? tunjuk harta? silap sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
ujio replied at 2-10-2022 12:28 PM
Adoiiii....masih lg nak percaya segala founder mounder niii...
Tu lah saya baca tajuk pun ni perkara yang sama 1st yang lintas kat kepala.
Kalau kes ni dalam 15 tahun sudah maybe boleh accept sebab baru dalam 5 - 6 tahun kot produk2 jrnama sendiri ni populat kat negara ni yang kita dah arif memang sampah tapi mungkin ramai belum tahu.
Ni era segala info kat media digital, semua dok kutuk produk2 sampah ni, still ada percaya ke? Tak tau nak cakap apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lesson learned! Tak berkat berniaga product timbang kati yang mengandungi bermacam2 isi barang terlarang! |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 2-10-2022 12:35 PM
Kambus belakang rumah kak dudaaa
...kan..mana tau...tumbuh jadi sports car.(katanya din beramboi la) |
|
|
|
|
|
|
|
Itu pasal la founder kaya tapi product org tak kenal pun |
|
|
|
|
|
|
|
tupai replied at 2-10-2022 12:56 PM
Ejen2 ni dok dlm gua ke selama ni….tlg la rajinkan membaca utk elakkan kena tipu dgn founder2 sampa ...
Itu la aku heran..padahal memasing pegang fon kt tangan..takkan x penah cross over isu2 psl founder vs ejen sume ni kt social media selama ni..bukan tahun ni je...tahun2 sebelum ni pun dh ada isu yg sama dr lain2 founder cibai
So salah ejen sendiri la kan..malas nk kesian kan |
|
|
|
|
|
|
|
pernah laa terjebak jadi agen..tp alhamdullilah, founder okay aje..cuma tu laa produk x berapa nak cair sgt..habis stock kat tgn, mls nak restock...lps tu stop jd agen dah..sbb xnk jadi gini laa...dropship boleh laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Tapi salah sendiri tak study |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 2-10-2022 02:26 PM
Itu la aku heran..padahal memasing pegang fon kt tangan..takkan x penah cross over isu2 psl founde ...
Susah nk kesian dgn org ignorance ni sama jgk mcm kes macau scam, scam beli rumah…benda2 semua tu too good to be true tp tetap buta2 pi percaya….hp kemain canggih masing2 tp membaca malas….. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry la xkesian..ramai nak jd ejen sbb tgk founder tayang brg branded kereta mahal dgn anggapan boleh jd kaya raya mcm founder..padahal dh tau barang timbang kilo xde sapa nk beli |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu i x percaya masing2 claim produk laku keras etc...realitinya terperap bawah katil stokis tunggu masa kambus belakang rumah kata kak dude |
|
|
|
|
|
|
| |
|