CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 8

Ferrari Enzo RM12.9 Juta 'Dilenjan' Penghantar Kereta, Habis Musnah Dalam Kemalangan

[Copy link]
Post time 2-10-2022 10:29 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, lapor akhbar Daily Star UK.


Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu.


Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya  iaitu Ferrari Enzo,  dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia.




FotoTV




Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz.


Laluan berkembar itu ditutup dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian selama beberapa jam dengan Polis Jersi menggesa pemandu mengelak melalui kawasan itu.


“Ferrari Enzo itu  sedang menuju ke arah bandar, melepasi lampu isyarat sebelum terbabas di atas pembahagi jalan dan berpusing sebelum bertembung,” demikian menurut kenyataan seorang saksi.


Jentera Ferrari Enzo mempunyai kelajuan maksimum  sekitar 346 kilometer sejam dan dilengkapi dengan teknologi kereta lumba Formula Satu (F1).


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu tetapi seorang pemandu warga emas telah dibawa ke jabatan kecemasan hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.


Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa Ferrari itu sebenarnya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 10:46 AM | Show all posts
apa nasib jazz
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 11:31 AM | Show all posts
sama cm kes proton x70 dulu.. sebelum sampai owner kena lenjan accident kt segamat. lepas tu minta owner claim insurans. kalau kaka mmg xclaim insurans. biar dia bayar sendiri lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama mcm skyline r34 cikgu yg baru je jual sejam lpstu broker langgar pokok.. org tgh yg otr ni melenjan mcm krete sndr plak..enzo tu boleh restore blk..jazz yg x salah pon kne hentam..kesian divider terkopek…
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 12:46 PM | Show all posts
cirit la ko nak bayor ganti rugi
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 12:47 PM | Show all posts
Claim insurans kalau gini. Semoga lepas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2022 02:15 PM | Show all posts
Kenapa kereta dalam gambar tu left hand drive

bukan gambar 'selfie' sebab no plate truck tu elok tak terbalik
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlebih excited…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 09:33 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-10-2022 02:15 PM
Kenapa kereta dalam gambar tu left hand drive

bukan gambar 'selfie' sebab no plate truck tu elok ta ...

gambar miror kot, xkan la kejadian berlaku kat newyork
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.622858 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list