CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

Kereta Gasly terbakar di GP Singapura

[Copy link]
Post time 1-10-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Kereta Pierre Gasly terbakar ketika pemandu Alpha Tauri dari Perancis itu masih berada di dalamnya semasa sesi latihan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura. - Foto AGENSI

SINGAPURA: Kereta Pierre Gasly terbakar ketika pemandu dari Perancis itu masih berada di dalamnya semasa sesi latihan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura.

Enjin jentera Alpha Tauri itu terbakar selepas Gasly memandu masuk ke pit pasukannya dan keretanya sedang dimasukkan ke dalam garaj di hujung sesi latihan bebas kedua.

Pemandu 26 tahun itu segera keluar dari kokpit dan tindakan pantas ahli pasukannya serta bantuan daripada Aston Martin, api berjaya dipadamkan dan Gasly tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dia kemudian keluar semula untuk melengkapkan latihan.


"Semua berjaya diselesaikan. Ada sedikit kesan akibat kebakaran di bahagian penutup enjin.

"Pasukan memberitahu saya api tercetus apabila saluran udara bahan api disambungkan ke kereta, tetapi ia segera dipadamkan dan dia kembali ke litar.

"Biasanya apabila kereta masuk ke garaj mereka akan meletakkan saluran udara ke tangki untuk pengaliran udara.

"Kemudian ia kekal disambungkan ketika bahan api dimasukkan supaya udara di dalam tangki dapat keluar," kata wartawan Sky Sports F1, Ted Kravitz. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... kar-di-gp-singapura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.097841 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list