Sumber IG
Penyanyi, Sabronzo yang juga anggota kumpulan Dolla mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang komen berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender, baru-baru ini.
Harian Metro melaporkan, Sabronzo yang mesra disapa sebagai Sab berkata, dia menghormati keputusan syarikat pengurusan mereka yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi daripada pihak mereka sendiri.
"Saya terpaksa mengunci mulut kerana pihak pengurusan Universal tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab nanti mereka akan berikan kenyataan rasmi.
"Sebagai artis yang bernaung di bawah pengurusan mereka, saya kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan untuk saya beri kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan buat semua keputusan.
Sumber IG
"Kami ikut sahaja sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi. Itu saja," katanya.
Terdahulu, imej seksi kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di acara hiburan mengundang kecaman netizen.
Malah ada yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi Korea Selatan, CL yang turut hadir di lokasi sama. -CARI
|