CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 0

Hamilton rindu Litar Sepang

[Copy link]
Post time 29-9-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON (kanan) dan George Russel pada sidang media, hari ini. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Bintang pasukan Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton menjelaskan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mempunyai daya tarikan tersendiri sekali gus meninggalkan seribu satu kenangan ketika awal kariernya sebagai pemandu Formula Satu (F1).

Beliau yang sedih SIC tidak lagi berada dalam kalendar perlumbaan F1 berkata, litar terbabit boleh dikatakan antara paling mencabar seterusnya memerlukan kemahiran dan pengalaman yang tinggi oleh setiap pelumba.

Hamilton yang berusia 37 tahun menganggap SIC sebagai laman sendiri sekali gus mengharapkan perlumbaan F1 akan disenaraikan kembali dalam kalendar permotoran negara pada masa akan datang.


"Litar terbabit menjanjikan pemanduan yang menakjubkan malah boleh dikatakan cukup epik kepada mereka yang pernah beraksi di sana.

"Berdasarkan kepada pengalaman, ia adalah perlumbaan yang cukup mencabar untuk saya kerana keadaan yang panas dan juga keadaan litar itu sendiri.

"Saya masih ingat pada perlumbaan pertama di SIC pada 2007, ketika itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Selain perlu berjalan jauh, saya juga agak sukar untuk keluar daripada jentera. Ia pengalaman yang tak dapat dilupakan," katanya, pada sesi bersama media, di sini.

Sejak memulakan karier sebagai pelumba F1 pada 2007, setakat ini Hamilton sudah memegang gelaran juara dunia sebanyak tujuh kali.

Berbaki enam perlumbaan pada musim ini, Hamilton berkata, dia tetap yakin mampu mencatatkan keputusan positif.

"Saya tetap yakin mampu meraih posisi pertama menerusi baki enam lagi perlumbaan namun jika tidak berjaya bukanlah bermakna berada di pengakhiran karier," katanya.

Mengikut rekod, kali terakhir SIC bergema dengan deruman jentera F1 adalah pada 2017 menerusi tema F1NALE.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -rindu-litar-sepang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.067752 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list