CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

Kes Ebit Lew: Tak Wujud Konspirasi Antara Saksi Dan Firdaus Wong

[Copy link]
Post time 29-9-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Saksi pendakwaan Mohd Fairuz Abu, 37, semalam, memberitahu mahkamah yang tidak wujud sebarang konspirasi antara dia dan Firdaus Wong dalam kes gangguan seksual membabitkan pendakwah Ebit Lew.


Pakar motivasi itu turut tidak bersetuju bahawa sebarang hantaran media sosial berkaitan isu berkenaan serta pertemuan dengan pengadu di Bukit Aman pada 7 Ogos 2021 adalah bertujuan bagi merosakkan reputasi tertuduh.




The Merdeka Times




"Saya tidak bersetuju," katanya ketika ditanya peguam mewakili Ebit Lew, Ram Singh.


Mohd Fairuz berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada sesi pemeriksaan balas pada perbicaraan kes gangguan seksual hari kedua membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom semalam.


Dalam pada itu, ditanya sama ada dia masih menyiarkan isu terbabit di media sosial mengenai tertuduh selepas pengadu membuat laporan polis, Mohd Fairuz memaklumkan dia tidak berbuat demikian, namun berbeza dengan Firdaus Wong yang masih memuat naik isu berkenaan.


"Saya tidak, Firdaus ya," katanya.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria ketika sesi pemeriksaan semula meminta penjelasan Mohd Fairuz mengenai tujuannya berjumpa pengadu ketika membuat laporan di Bukit Aman.


Menurut Mohd Fairuz, pertemuan terbabit hanyalah bertujuan menemani pengadu serta suami sebagai tanda sokongan selain memberi keterangan.


"ertemuan ini berlaku di Bukit Aman, saya menemani beliau dan suami sebagai tanda sokongan dan juga memberi keterangan kepada pihak polis," katanya.


Terdahulu, perbicaraan hari kedua Ebit Lew ditangguhkan dan disambung semula jam 9.30 pagi hari ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.125001 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list