CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 3

Ibu Bapa Keluar Bekerja, Dua Beradik Rentung Terkunci Di Rumah

[Copy link]
Post time 27-9-2022 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Dua kanak-kanak yang masing-masing berusia tiga dan setahun ditemukan rentung selepas terkunci dalam bilik di rumah mereka yang terbakar di Pati, Jawa Tengah kelmarin.


Kedua-dua kanak-kanak itu merupakan adik-beradik dan kebakaran tersebut disedari jiran tetangga selepas mereka ternampak kepulan asap keluar dari bilik di rumah berkenaan.




Penduduk menunjukkan bilik yang terbakar sehingga menyebabkan dua beradik rentung di Jawa Tengah. - AGENSI





Mereka cuba memadamkan kebakaran sambil menunggu ketibaan pasukan bomba dan api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit selepas ia bermula.


Jurucakap polis, Pujiati memaklumkan, penduduk setempat hanya mengetahui dua beradik itu terperangkap dalam bilik tersebut selepas kebakaran dipadamkan.


“Punca kebakaran dikaitkan dengan ubat nyamuk yang dipasang dalam bilik tersebut.


“Ketika kejadian, ibu bapa dua beradik itu tiada di rumah kerana keluar bekerja,” katanya.


Ketika ditemukan, satu daripada mayat dua beradik itu berada berhampiran pintu bilik, dipercayai cuba membuka pintu, namun tidak berhasil akibat dikunci.


Sementara itu, jenazah dua beradik itu sudah dikebumikan oleh keluarga mereka.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 12:22 AM | Show all posts
umur 3 & 1 tahun????!!!!!  ya Allah, tahankan jari aku dari menzahirkan carutan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah dik
Biarlah mati dari hidup membesar beribu bapakan baghal

Kesian kat korang berdua
Dasar Friska betoiii maknye pon
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:36 PM | Show all posts
Mmg rasa nk mencarut
Tapi kita tau ni pun sebab ada kes kebakaran
Maknanya mesti ada lagi yg jenis kunci anak ni cuma takda kes lagi je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.104479 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list