View: 378|Reply: 0
|
Isteri Dapat Tahu Suami Curang Melalui Mimpi, "Nampak Telefon Bimbit Dan Wanita Lain"
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang wanita yang sering bermimpi mengenai kecurangan suaminya tidak menyangka bahawa mimpi tersebut sebenarnya adalah kenyataan, lapor laman berita Berita Hits.
Berdasarkan hantaran video yang tular di media sosial, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita yang berstatus isteri orang.
Hubungan tersebut selama ini disembunyikan dengan rapi.
Gambar Hiasan
“Penipuan suaminya terbongkar selepas isterinya sering bermimpi mengenai telefon bimbit dan seorang wanita lain.
“Kejadian itu berlaku beberapa hari lalu apabila si isteri merampas telefon bimbit suaminya dan semuanya telah terbongkar,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Tambah keterangan video itu, suami wanita berkenaan dan kekasih gelapnya juga mempunyai anak hasil hubungan terlarang mereka.
Menurutnya, wanita itu dan suaminya tinggal di rumah sewa dan menjalani hidup sederhana. Suaminya bagaimanapun dikatakan sering membeli barangan mewah.
“Si suami gemar membeli barangan berjenama sedangkan anak dan isterinya hidup amat sederhana. Bahkan ada masanya si suami tidak memberikan wang untuk memasak,” tulis penceritaan pada video berikutnya.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.
“Yakinlah bahawa kamu akan mendapat yang lebih baik. Saya juga pernah berada di posisi anda,” kata seorang pengguna. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|