CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6743|Reply: 119

Orang Malaysia Tak Suka RSVP Untuk Hadir Ke Majlis, Anda Bagaimana?

[Copy link]
Post time 26-9-2022 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Ramai orang berkata, perancangan last minute atau pada saat akhir selalunya akan menjadi, malah ia lebih meriah daripada apa yang dirancang lebih awal.


Masyarakat tidak suka membuat perancangan awal kerana mereka bimbang sekiranya ada kekangan sakit pening, hal-hal kecemasan yang mengundang masalah sebaik tibanya hari yang dinantikan itu.


Namun, sudah menjadi hakikat bahawa percutian dan balik ke kampung adalah satu kegembiraan buat semua sedangkan baki di tangan hanya cukup-cukup makan sehingga tarikh gaji bulan seterusnya.


Musim cuti sekolah hujung tahun ini bakal disambut tidak lama lagi dan pastinya sudah ramai yang membuat perancangan awal untuk menghabiskan cuti tahunan bersama keluarga atau rakan mengikut cara sendiri serta bajet masing-masing.


Untung jika merancang program percutian lebih awal kerana harga tempahan homestay atau hotel termasuk yang bertaraf lima bintang dapat dinikmati pada harga tawaran yang lebih murah berbanding harga di saat akhir yang akan bertambah sehingga tiga kali ganda.


Tetapi sebenarnya tabiat orang Malaysia, agak lemah dalam membuat perancangan awal sehingga ada yang sanggup mempertaruhkan sejumlah wang yang besar untuk merealisasikan program percutian pada saat akhir.


Bukan sahaja percutian menjadi isu, masyarakat di negara ini juga kurang gemar membuat pengesahan kehadiran untuk mana-mana majlis yang dijemput khususnya majlis perkahwinan, kenduri pertunangan, majlis doa selamat dan juga sambutan hari jadi.




Gambar Hiasan




Memandangkan jemputan kini dihantar secara maya dan mudah untuk membuat pengesahan kehadiran dengan menekan pautan di kad jemputan yang diberikan tetapi cuma ada segelintir sahaja yang membuatnya.


Pengesahan kehadiran ini penting untuk membolehkan penganjur dan tuan rumah membuat kiraan bajet yang mencukupi khususnya tempahan makanan dan minuman bagi mengelak sebarang kerugian atau makanan tidak mencukupi.


Sikap ini sedikit sebanyak menyusahkan penganjur dan tuan rumah kerana masyarakat tidak menganggap ‘RSVP’ itu penting bagi menjayakan mana-mana majlis agar ia berjalan lancar mengikut bajet yang ditetapkan.


RSVP diambil daripada bahasa Perancis iaitu Rezpondese S’il Vous Plait atau secara ringkas, please reply agak janggal dalam kalangan masyarakat kita khususnya di luar bandar untuk memberi jawapan hadir atau tidak pada majlis yang dijemput.


Jika ia tidak ditangani dengan bijak, maka tabiat negatif ini akan terus merebak dari satu generasi hingga ke generasi akan datang.


Perancangan saat akhir adalah antara alasan besar untuk mereka tidak memberi pengesahan kehadiran, sehingga kita lupa, penganjur dan tuan rumah sangat berbesar hati sekiranya tetamu yang dijemput tampil hanya untuk bersalaman pada penghujung waktu program ketika kru katering sedang sibuk mengemas dan membasuh pinggan mangkuk. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan budaya kita…tu je jwpn nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Plus Dress code :
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau bukan budaya kita, tetaplah nak RIP ke hulu, RIP ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:06 PM | Show all posts
Dress code lagi lah...
majlis perkahwinan pun dibantainya pakai round neck t shirt dengan seluae jeans
dengan ucapan "aku datang pun dah cukop bagos"

hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru aku tau ape tu rsvp...x pernah lagi p kenduri yg kena rsvp ni cam leceh ja...ingat blh tau ke ape benda nak jadi tiba2...sbb tu kita pakai insyaallah je reply tuan rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2022 12:06 PM | Show all posts
RSVP tu apa benda?.. cari dalam artikel tak ada pun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:09 PM | Show all posts
Kalau dah rasa menyusahkan ada baiknya tuan rumah tak payah buat majlis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 12:09 PM | Show all posts
Rezpondese S’il Vous Plait
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
rsvp majlis hotel je

kalu lain dr situ, pegi je kalu dapat jemputan (kalu rajin)
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Google Forms tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:19 PM | Show all posts
tujuan rsvp ni salah satunya adalah bagi memudahkan tuan rumah buat kira2 bajet jumlah tetamu yang akan datang pada hari kejadian. Biasanya untuk acara yang berlangsung di hotel, sebab kapasiti agak terhad.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:33 PM | Show all posts
cmf_acura replied at 26-9-2022 12:06 PM
RSVP tu apa benda?.. cari dalam artikel tak ada pun...

RSVP tu bahasa Perancis. Répondez s'il vous plaît (sebutannya ray-pon-day sil-voo-play) yang bermaksud sila beri respons (please respond). Répondez berasal dari perkataan répondre dan selepas conjugation bagi kata nama "vous" (iaitu anda dalam bentuk formal) maka jadi répondez. S'il vous plaît pulak biasanya digunakan untuk kata "please" dalam bentuk yang formal. Tanda bumbung atas huruf i dalam "plaît" ialah circumflex (accent circonflexe) yang biasa menandakan huruf "s" yang telah hilang dari perkataan ini (maksudnya perkataan ini asalnya ada "s" selepas huruf i).  
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:35 PM | Show all posts
Saya agak OCD dengan deadlines so kalau ada RSVP saya akan cuba respon secepat mungkin dan tentunya sebelum deadline kalau ada supaya memudahkan host dalam mengatur majlis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:35 PM | Show all posts
kalau kat hotel ok la kot ade dress code bagai..tapi aku jemputan kat majlis pon pakai baju kemeja smart2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:35 PM | Show all posts
nak2 yang jemput kau sorang atau dgn laki je...memang tak pergi la jawabnya..mcm tak ikhlas menjemput pun ye.. nak jemput tapi limited..hmm.. dress code setuju la..especially budak2 muda yang bantai dtg pakai tshirt je..apa kau ingat nak gi tgk sukan sekolah ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sacré bleu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ok je...
Sbb dorang senang nk aturkn seat kat mana....brp org nk dtg....kang klu letak kita kat meja yg kita tak kenal rasa janggal pulak....selalu kekwn aku klu panggil gi majlis dorang, akn kumpulkn meja group kwn U, group kwn keja dorang, jadi kami rasa seronok & meriah....

Pasal dress code ni aku rasa org melayu memang jena di bagitau....ada yg pakai jeans & tshirt gi majlis kawin...kau gi pasar mlm ke cik kiah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:41 PM | Show all posts
tuan rumah jemput ngam2 je, tak datang tu, biarlah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:42 PM | Show all posts
kalau kenduri2 kt kg tu, takde la rsvp segala cuma kad jemputan jela, kdg tulis sekeluarga kdg tulis suami isteri, jd paham2 jela heheee

rsvp kenduri2 kt bando ni, utk memudahkan pihak pengantin/penganjur dlm bab catering mkn, meja/kerusi dewan segala.. nak2 jaman kobit masih di sana sini ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047137 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list