View: 752|Reply: 8
|
Budak 11 Tahun Cucuk Jarum Akupunktur Dalam Zakar, Alasannya Sebab Bosan
[Copy link]
|
|
BEIJING – Sepasukan doktor di China terkejut apabila menemui sebatang jarum akupunktur selepas melakukan imbasan X-ray pada kemaluan seorang kanak-kanak lelaki, lapor portal berita MailOnline.
Petugas perubatan menemui jarum itu selepas memeriksa pesakit berusia 11 tahun yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.
Disebabkan sukar menjelaskan kesakitan yang dialami, budak lelaki itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Jiangxi di wilayah Jiangxi untuk menjalani imbasan X-ray.
Foto: Mailonline
Selepas imbasan dilakukan, doktor terkejut apabila menemui sebatang jarum sepanjang 8 sentimeter yang dimasukkan ke dalam kemaluannya dan menghalang saluran pundi kencing.
Selepas menyoal budak lelaki itu, dia mengaku memasukkan jarum tersebut ke dalam saluran zakarnya kerana bosan dan ingin tahu sama ada perkara itu boleh dilakukan atau tidak.
Ketua perubatan, Rao Pinde berkata, budak lelaki itu memasukkan jarum tersebut 12 jam sebelum dia gagal membuang air kecil.
Pesakit itu kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan jarum tersebut. Dia kemudian dibenarkan pulang selepas prosedur itu. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ada banyak lagi cara lain untuk hilangkan bosan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah bosan...aku dah bosan...aku dah bosan....cara Amy Search 'terpekik terlolong' lepaskan..kebosanan dia..try la cara ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak termandul dik oi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti mak dia tak bg main tepon |
|
|
|
|
|
|
|
Sendu sgt ke hidup ko dikkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|