View: 1009|Reply: 7
|
Najis Berlonggok Sana Sini, Habis Semua Bau Tahi! Masalah Buang Kucing Di Pasar Makin Menjadi-Jadi
[Copy link]
|
|
SEBERANG PERAI – Peniaga dan pengunjung Pasar Awam Kepala Batas di sini, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan seliaan dan rondaan bagi menangani masalah kebanjiran kucing terbiar di kawasan itu.
Wakil peniaga, Mohd. Syafiq Mohd. Noor, 19 berkata, jumlah kehadiran haiwan itu semakin meningkat meskipun PBT sudah melaksanakan tugas mengalihkannya pada minggu lalu disebabkan sikap sesetengah masyarakat yang gemar membuangnya di kawasan pasar.
Foto: Kosmo
“Selalunya (pemilik) tinggalkan (kucing) di pasar pada waktu malam, mungkin mengelak disedari orang ramai.
“Harap PBT kerap buat rondaan pada sebelah malam supaya kawasan pasar awam ini terpelihara dengan kebanjiran kucing jalanan yang kebanyakannya tidak terurus, malah ada yang sakit.
“Pada masa sama, kami sebagai peniaga juga berharap orang ramai yang gemar memberi makanan kepada kucing terbiar ini menitikberatkan aspek kebersihan kerana ada dalam kalangan mereka membiarkan makanan di kaki lima sehingga mencacatkan pemandangan selain mengundang kehadiran lalat,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.
Sementara itu, seorang pengunjung Rahmah Hussain, 66, berkata, isu kebanjiran kucing buangan itu bukanlah suatu perkara baharu selain turut mengundang masalah pencemaran.
“Setiap kali ke pasar ini, saya lihat banyak kucing berkeliaran di kawasan sekitar. Ada yang menyelongkar sampah dan ada yang berlegar-legar di dalam pasar.
“Hal ini menyebabkan suasana tidak selesa untuk pengunjung,” jelasnya.
Seorang suri rumah, Maimunah Saad, 50, berkata, pengunjung sering ‘disajikan’ dengan bau dan tompokan najis kucing terutama di bahagian premis menjual makanan dan minuman. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ini ada betulnya. buang anak anjing pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
100% pembuang kucing adalah hanat2 yg bela kucing sbg hobi, takkan mandulkan kucing sbb begitu senangnya boleh dibuang kat pasar bila beranak pinak! semoga dah tua ganyut nnt dibuang jugak mcmn dorang buang kucing
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan kucing liar ni banyak di kawasan pasar |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tu buang ke pasar
maybe yang buang tu memang tak suka kucHing atau ada alahan
sekurang2nya dia tak buang dalam hutan atau letak dalam guni buang ke longkang |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis yang suka bela kucing masa comel, bila dah besar tak mau mandulkan kucing dengan kata lain : Nak bagi merasa kucing tu beranak laa, Haram mandulkan kucing laaa tapi tanpa mencari ilmu.. Bila kucing tu dah beranak-pinak buang dan tinggalkan di kedai makan, pasar etc.
End up kucing merata-rata.. Tahu tak kucing pun ada perasaan dan sensitif macam manusia cuma tak berakal.. |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang bagi aku ok la sikit, dolu lagi teruk....sampaikan dekat medan selera dia taik kucing penoh lantai....
dekat parking motor slalu ada taik kucing, kalo x naseb baik terpijak la... |
|
|
|
|
|
|
|
tolong selamatkan..sebelum 'The Arrow' Ampang...'mai utara'. |
|
|
|
|
|
|
| |
|