CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7373|Reply: 98

Masalah ummah: Bila dah kaya T20 tapi masih fefeeling diri tu B40!

[Copy link]
Post time 21-9-2022 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 21-9-2022 11:50 PM


Peniaga nasi lemak tepi jalan mampu pandu Vellfire, untung ribu-ribu sebulan tapi tak isytihar cukai... “Itulah T20 undercover B40”
url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Seorang lelaki tidak bersetuju dengan sikap sesetengah peniaga yang enggan mengisytiharkan cukai pendapatan mereka.

Isu komuniti peniaga cuba bersikap tidak jujur serta mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan mereka bukan perkara baharu. Lebih tidak bertanggungjawab apabila golongan berkenaan mahu masyarakat luar mengiktira kononnya mereka berada dalam kategori berpendapatan rendah sedangkan ia bertentangan dengan situasi sebenar. Seorang pengguna Facebook berkongsi kekecewaannya apabila mendakwa bahawa dia menyedari kini peniaga nasi lemak tepi jalan juga mampu memiliki sebuah Toyota Vellfire. “Ni kereta B40 zaman sekarang. Masa nak beli, bank cukup (mesti) tolak (permohonan pinjaman). Tiada rekod daftar cukai. Bayar cukai apatah lagi.


Posting asal di Facebook.



Jadi, macam mana bank nak yakin kemampuan kewangan kau? Dia punya mengamuk sakan dengan pegawai bank sampai habis dirakam dan viralkan semuanya. Kalau boleh celah lubang hidung pegawai bank pun dirakamnya. “Dia kata walaupun berniaga nasi lemak tepi jalan, kerja 7 pagi sampai 11 pagi saja tapi pendapatan bulanan dia cecah RM11,000. "Sudah dua kali belanja mak pergi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak nak declare income tax,” ujarnya.


Kata lelaki itu, keangkuhan peniaga nasi lemak yang menjana pendapatan bulanan berjumlah puluhan ribu lebih terserlah apabila mereka mampu membuat pembelian kereta Perodua Myvi secara tunai. Namun segalanya mula berubah apabila mereka menerima surat penalti daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gara-gara tidak membayar cukai sekitar lima tahun berniaga. Pada ketika itu, dakwa lelaki ini, peniaga mula bersikap ‘zuhud’dengan menyatakan kepayahan mereka dalam mencari rezeki berniaga tepi jalan.

“(Kali ini) dia kata apalah sangat berniaga nasi lemak tepi jalan. Kais pagi makan pagi je. Kalau hujan, tak habis jualan kami buang saja. “Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok  free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi. Pukul 11 pagi habis berniaga.“Tapi nak mengemasnya dah setengah jam. Sampai rumah bukan boleh terus rehat. Nak mengangkut daripada kereta ke dapur lagi. Nak membasuh lagi. Bawang-bawang, rempah semua bukan boleh baru nak sedia esok.


“Balik tulah kena terkocoh-kocoh sediakan. Mau(mahu) 12 jam juga menghadapnya. Tapi pendapatan apalah sangat sampai kena penalti RM132,000. Tolong lah encik katanya,” jelas lelaki itu lagi dalam hantarannya mengajuk sikap segelintir peniaga. Bukan itu sahaja, dakwa lelaki ini lagi, mereka juga merupakan golongan yang menerima bantuan BR1M, zakat, bantuan peniaga malah bantuan kerajaan negeri yang kemudiannya menunjuk-nunjuk bantuan tersebut di Facebook.

Apabila majlis bandaran datang sita, mengamuk,lepas tu viral menangis minta simpati... itulah dia T20 undercover B40. Katanya lagi, jika dihitung semula pendapatan peniaga golongan B40, mereka sebenarnya boleh dinaik taraf kepada kategori T20 tanpa perlu berada dalam kelompok M40.


“Kerja makan gaji, tapi dekat luar join MLM, jual jamu, jual produk timbang kilo, jual kek, sampai pendapatan bulanan cecah kategori T20 Lembah Klang. “Apabila tak declare,data dan status perangkaan akan kekal dengan bilangan B40 yang ramai. Sampai bila tak nak upgrade? Sebab ada perangai B40 macam ni la, sampai bila-bila pun kerajaan sukar nak kurangkan rakyat berpendapatan B40,” ujarnyalagi.


Untuk rekod, perkongsian lelaki tersebut meraih lebih 1,900 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 340 kali. Rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan dibuat melalui hantaran tersebut dalam sebuah grup di Facebook.


Komen netizen yang bersetuju dengan hantaran asal.



“Sangat tepat, takut nak declare (T20)sebab nanti banyak bantuan tak dapat. Mereka tak ada slip gaji. Masa untung besar diam, masa rugi habis cerita disiarkan untuk simpati. “Untung tak declare. Seumur hidup tak bayar cukai, bayar zakat saja cukup. Tapak berniaga atas tanah orang."Apabila majlis bandaran datang sita, mengamuk, lepas tu viral buat menangis minta simpati. Itulah dia T20 undercover B40. “Berniaga rancak tapi tak declare income tax. Terlalu banyak. Itulah golongan T20 dalam B40. Macam mana angka B40 tu nak berganjak,” komen beberapa netizen.

sumber mstar


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai begini.

Sebab tu weols kat sekolah kena selidik betul2 pendapatan mak bapak. Sebab tu juga jangan merempan bila weols minta uols slip gaji, declare pendapatan, etc. Bukan weols nak menyibuk pon berapa korang make sebulan. Just huntok pastikan bantuan tu dapat kat orang yang betul, bukan anak kontraktor bapak kengkunun pendapatan 500 hengget sebulan pehtu mak kengkunun surirumah (tapi bisnes Tapauware kencang).
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Shadow economy....


Benda ni akan selesai bila ada GST..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
semua golongan ni semua di bakar kt neraka nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:48 AM | Show all posts
laaa baru tau ke.. duk gua mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mcm ni mmg ramai. Kwn i buat bisnes drp rumah bulan2 income boleh dapat sampai 4-5k tapi x declare tax untung la kita yg makan gaji ni x sampai 4k pun dah kena potong tax lepas tu bantuan mcm BKM tu pun dapat sikit je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2022 09:02 AM | Show all posts
masaalahnye Velfire 2nd hand dah murah bai.....B40 pun mampu beli velfire 2nd hand
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:04 AM | Show all posts
ramai mcm ni..tak declare..bila buat live bagai dok citer bangga tayang duit...yang mkn gaji cam aku je lhdn ni tolak byk2..sepatah bantuan tak dapat...nasib M40...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik nsk lemak dpn Petronas dkt umah aku naik BMW. Ahakkss.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:26 AM | Show all posts
tak habis jualan kami buang saja. “Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok  free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi - ada jugak org mcm ni. islam pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:33 AM | Show all posts
Golongan macam ini memang kumpulan sasaran kami.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:39 AM | Show all posts

Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Untung Ribu-Ribu, Mampu Pakai Velfire Tapi Langsung Tak Isytihar Cukai

Isu komuniti peniaga cuba bersikap tidak jujur serta mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan mereka bukan perkara baharu.


Lebih tidak bertanggungjawab apabila golongan berkenaan mahu masyarakat luar mengiktiraf kononnya mereka berada dalam kategori berpendapatan rendah sedangkan ia bertentangan dengan situasi sebenar.


Seorang pengguna Facebook berkongsi kekecewaannya apabila mendakwa bahawa dia menyedari kini peniaga nasi lemak tepi jalan juga mampu memiliki sebuah Toyota Vellfire.


Gambar Hiasan




“Ni kereta B40 zaman sekarang. Masa nak beli, bank cukup (mesti) tolak (permohonan pinjaman). Tiada rekod daftar cukai. Bayar cukai apatah lagi.


“Jadi, macam mana bank nak yakin kemampuan kewangan kau? Dia punya mengamuk sakan dengan pegawai bank sampai habis dirakam dan viralkan semuanya. Kalau boleh celah lubang hidung pegawai bank pun dirakamnya.


“Dia kata walaupun berniaga nasi lemak tepi jalan, kerja 7 pagi sampai 11 pagi saja tapi pendapatan bulanan dia cecah RM11,000.


"Sudah dua kali belanja mak pi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak nak declare income tax,” ujarnya.


Kata lelaki itu, keangkuhan peniaga nasi lemak yang menjana pendapatan bulanan berjumlah puluhan ribu lebih terserlah apabila mereka mampu membuat pembelian kereta Perodua Myvi secara tunai.




Foto: via mStar




Namun segalanya mula berubah apabila mereka menerima surat penalti daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gara-gara tidak membayar cukai sekitar lima tahun berniaga.


Pada ketika itu, dakwa lelaki ini, peniaga mula bersikap ‘zuhud’ dengan menyatakan kepayahan mereka dalam mencari rezeki berniaga tepi jalan.


“(Kali ini) dia kata apalah sangat berniaga nasi lemak tepi jalan. Kais pagi makan pagi je. Kalau hujan, tak habis jualan kami buang saja.


“Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok orang makan free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi. Pukul 11 pagi habis berniaga.


“Tapi nak mengemasnya dah setengah jam. Sampai rumah bukan boleh terus rehat. Nak mengangkut daripada kereta ke dapur lagi. Nak membasuh lagi. Bawang-bawang rempah semua bukan boleh baru nak sedia esok.


“Balik tulah kena terkocoh-kocoh sediakan. Mau (mahu) 12 jam juga menghadapnya. Tapi pendapatan apalah sangat sampai kena penalti RM132,000. Tolong lah encik katanya,” jelas lelaki itu lagi dalam hantarannya mengajuk sikap segelintir peniaga.


Bukan itu sahaja, dakwa lelaki ini lagi, mereka juga merupakan golongan yang menerima bantuan BR1M, zakat, bantuan peniaga malah bantuan kerajaan negeri yang kemudiannya menunjuk-nunjuk bantuan tersebut di Facebook.


Katanya lagi, jika dihitung semula pendapatan peniaga golongan B40, mereka sebenarnya boleh dinaik taraf kepada kategori T20 tanpa perlu berada dalam kelompok M40.


“Kerja makan gaji, tapi dekat luar join MLM, jual jamu, jual produk timbang kilo, jual kek, sampai pendapatan bulanan cecah kategori T20 Lembah Klang.


“Apabila tak declare, data dan status perangkaan akan kekal dengan bilangan B40 yang ramai. Sampai bila tak nak upgrade? Sebab ada perangai B40 macam ni la, sampai bila-bila pun kerajaan sukar nak kurangkan rakyat berpendapatan B40,” ujarnya lagi.


Untuk rekod, perkongsian lelaki tersebut meraih lebih 1,900 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 340 kali.


Rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan dibuat melalui hantaran tersebut dalam sebuah grup di Facebook.


“Sangat tepat, takut nak declare (T20) sebab nanti banyak bantuan tak dapat. Mereka tak ada slip gaji. Masa untung besar diam, masa rugi habis cerita disiarkan untuk simpati.


“Untung tak declare. Seumur hidup tak bayar cukai, bayar zakat saja cukup. Tapak berniaga atas tanah orang.


"Apabila majlis bandaran datang sita, mengamuk, lepas tu viral buat menangis minta simpati. Itulah dia T20 undercover B40.


“Berniaga rancak tapi tak declare income tax. Terlalu banyak. Itulah golongan T20 dalam B40. Macam mana angka B40 tu nak berganjak,” komen beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:41 AM | Show all posts
yg kesian T20 yg makan gaji....income tax mak ai banyaknya...org berniaga dapat bantuan itu ini tapi income tax tak bayar pendapatan banyak sisip bawah bantal
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
T20 yg gaji sama taraf dgn penjual nasi lemak ni cara kerja sgtla lain....ko ingat senang ke dari awal nk dpt income 11k tu....

Bukan tetap pun gaji depa mcm kerja professional..

Dengki aje hidup manusia ni....cubala jd penjual nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:44 AM | Show all posts
Thread dah ada. Kejar view & commission ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:46 AM | Show all posts
kakakakka..

ada depan mata.. mmg duit cash byk..tapi nak beli umah..kereta semua x lepas..sbb xder payslip ngan takde rekod..

pastu nak pinjam nama..eh..eh..mmg idaklaaa

bila tanya bayar cukai tak ni..jwbnya..eh..kita bayar zakat laaa...yerlaaaaa..yerlaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 09:48 AM | Show all posts
M40 juga yg makin lama makin tersepit dgn kehidupan. M40 pun dh ramai jadi B40 hakikatnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:59 AM | Show all posts
greantea replied at 22-9-2022 09:26 AM
tak habis jualan kami buang saja. “Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok  free padaha ...

kannnn...

busuknya hati..eloklaaaa harapnya bisness melingkup... dia sakit hati yer..dia x kire lagi org lain punya sakit hati...



Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:02 AM | Show all posts
greantea replied at 22-9-2022 09:26 AM
tak habis jualan kami buang saja. “Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok  free padaha ...

hati dah hitam tu,sampaikan sanggup buang dari bagi kat org,sakit hati nengok org lain senang dpt free
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 22-9-2022 09:33 AM
Golongan macam ini memang kumpulan sasaran kami.

Sis/bro staff lembaga ke? Cemana nak jumpa dorang nk borak2 sikit nak tanya itu ini?
Kena g sana ke or leh sembang2 kt tepon?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.369585 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list