CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 1

[Pulau Pinang] Hadir temuduga walaupun ada kerja tetap

[Copy link]
Post time 21-9-2022 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Hadir temuduga walaupun ada kerja tetap

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my






Bukit Mertajam: Walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap namun seorang jurutera peralatan yang bekerja di sebuah kilang di Perai, dekat sini masih mencari peluang baharu untuk memiliki kerjaya lebih stabil.

Mohd Mokhzani Adnan, 34, berkata dia gemar mengintai peluang pekerjaan baharu dengan menghadiri karnival kerjaya yang diadakan pelbagai agensi.

Katanya, banyak pekerjaan yang ditawarkan selepas negara beralih ke fasa peralihan endemik hingga membuatkan dia mahu mencari kelainan sekiranya berpeluang.

"Bukan saya tidak bersyukur dengan pekerjaan sekarang tetapi saya cuma mahu ingin mencari kestabilan untuk memantapkan kerjaya.

"Tambahan pula, kriteria majikan pada masa ini tidak sama seperti dulu, ia satu cabaran bagi saya, tetapi saya sukakan perubahan untuk meningkatkan kemahiran yang dimiliki," katanya ketika ditemui pada Karnival Kerjaya Politeknik Zon Utara anjuran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini, hari ini.

Karnival itu menawarkan lebih 2,800 peluang pekerjaan oleh 26 majikan yang mengambil bahagian dengan lebih 90 peratus daripada mereka beroperasi di Pulau Pinang.



ORANG ramai menghadiri temuduga pada Karnival Kerjaya Politeknik Zon Utara anjuran Perkeso di Politeknik Seberang Perai (PSP), Bukit Mertajam. FOTO Nur Izzati Mohamad

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Pengarah (Unit Kebolehpasaran Graduan) Bahagian Kolaborasi dan dan Industri Komuniti di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Asnizah Sahekhaini.

Sementara itu, Pengarah PSP, Harith Fadzillah Abd Khalid berkata, karnival itu bukan saja terbuka kepada pelajar atau graduan politeknik serta kolej komuniti, malah untuk pencari kerja di seluruh negeri ini.

"Kemahuan majikan adalah kepada mereka yang mempunyai kemahiran tenaga kerja mahir yang politeknik menjadi salah satu daripada institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) yang begitu sinonim dengan industri, usahawan dan komuniti," katanya.




Disiarkan pada: September 21, 2022 @ 4:51pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2022 07:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.429805 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list