CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

"Tak Salah Saya Cuba" - Ayda Jebat Sedia Cipta Lagu Untuk Penyanyi Lain

[Copy link]
Post time 21-9-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode


Banyak menghasilkan lagu untuk diri sendiri, Ayda Jebat kini bersedia meneroka peluang baharu sekiranya ada penyanyi lain yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.


“Saya sering mencipta lagu dan lirik untuk saya nyanyikan sendiri. Kadang-kadang, lagu itu dicipta bersama komposer lain, kadang-kadang saya menciptanya sendirian. Saya pernah juga mencipta lagu kempen untuk dinyanyikan oleh saya bersama penyanyi lain.




IG Ayda




“Jika ada penyanyi yang mahu menyanyikan lagu ciptaan saya, mungkin saya akan pertimbangkan. Tak salah untuk saya mencuba dan menambah ilmu. Saya sendiri mahu belajar banyak perkara dalam bidang muzik dan salah satunya menerusi cabang penciptaan lagu,” katanya.


Ayda ditemui di majlis pelancaran Malaysia Boleh bersama Milo di Dataran Merdeka ketika sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.


Baru saja melancarkan single baharu berjudul Kitalah Juara sempena sambutan Hari Malaysia, lagu terbabit dinyanyikan oleh empat penyanyi berbilang kaum iaitu Ayda, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.




IG Ayda




“Lagu ini saya cipta dalam masa dua hari sahaja dan dibuat khas untuk Milo. Saya gembira dapat mencipta lagu ini kerana ia dapat menyerlah semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan disampaikan oleh penyanyi berbeza bangsa.


“Saya harap lagu ini dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara harmoni,” katanya lagi.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.340233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list