CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4850|Reply: 62

Macam Tempat Sampah! Ada Bong, Seluar Dalam Reput, Kondom- Pemilik Serik Sewakan Rumah Pada Pelajar IPT

[Copy link]
Post time 21-9-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Rungutan pelajar universiti dalam dilema gara-gara kolej penginapan penuh atau kadar sewaan rumah sewa semakin tinggi bukan perkara baharu.


Namun dalam masa sama sedarkah kita bahawa ada segelintir pemilik rumah turut pening kepala apabila berdepan dengan sikap penyewa dalam kalangan pelajar universiti yang tidak bertanggungjawab.


Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Zeeda Aziz, katanya dia pernah membuka peluang kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menyewa di apartment miliknya di Bangi, Selangor.


Gambar Hiasan






"Waktu tu saya masih naif dan bersangka baik. Deposit rendah, harga sewa murah, apartment pun fully furnished. Saya siap belikan tilam untuk penghuni.


"Tamat satu semester, rumah dipulangkan dalam keadaan yang tak terluah dengan kata-kata. Terduduk saya tengok rumah hancur," tulisnya di Facebook.


Menurut Zeeda, seminggu dia dan suami terpaksa menyewa di hotel semata-mata untuk berulang-alik bagi membersihkan rumah yang disewakannya kepada pelajar universiti.


"Lantai yang berdaki, bilik air berlumut kuning hijau. Mangkuk tandas nak saya cerita tak warnanya? Pintu kabinet dapur pecah diterajang penghuni.


"Bong untuk hisap syabu dijumpai. Kotak rokok, kondom, spenda (seluar dalam) reput. Semua berterabur di atas lantai ruang tamu.


"Yang menyewa ni anak-anak bangsa saya sendiri yang saya anggap sebagai anak. Tapi kenapa hauk sangat perangai?" soalnya dengan nada kesal.







Selain rumah sewa yang kotor dan tidak terurus, pemilik kediaman itu turut membangkitkan tentang tunggakan bil elektrik yang tidak dilangsaikan oleh penyewa terdahulu.


"Bil TNB tertunggak RM1,500. Siapa yang bayar? Makcik kaki satu ni le. Budak-budak ni dah lari," katanya yang merujuk dirinya sebagai orang kelainan upaya (OKU).


Tambah Zeeda deposit rumah sewa tidak dapat menampung bayaran bil yang tertunggak.


Kisah rumah sewanya tidak terhenti setakat itu, dia masih memberi peluang kepada sekumpulan pelajar universiti untuk menyewa apartmentnya.


Malah, kali ini dia mendapatkan khidmat peguam untuk perjanjian sewa rumah dan deposit yang dikenakan agak tinggi, tetapi akan dipulangkan sekiranya rumah ditinggalkan dalam keadaan baik.


Namun selepas tiga bulan, perkara yang sama terjadi pada rumah sewanya sehingga dia dan suami 'demam-demam' mengemasnya.


"Allahu ranap lagi... rumah tunggang terbalik. Sampah tak dibuang, singki berkerak, bilik air macam uwerkkk.


"Budak-budak ni desak saya pulangkan duit deposit, merayu cakap mereka datang daripada keluarga yang susah dan perlukan duit.


"Saya tanya mereka, apa jadi dengan janji yang mereka buat setiap bulan? Jangan guna alasan orang susah untuk jadi penyewa yang tidak bertanggungjawab.


"Saya kata, tenancy agreement tu dibuat dengan kehadiran peguam. Malang sekali budak-budak ni yang langgar peraturan yang tertulis dalam perjanjian," katanya yang perlu membaik pulih kerosakan yang bernilai ribuan ringgit.


Menurut wanita itu lagi, rata-rata pemilik rumah sekarang takut menyewakan rumah kepada pelajar dan meminta ibu bapa sentiasa memeriksa rumah sewa anak-anak mereka.


"Ajar anak-anak menghormati harta benda orang lain walaupun sewa dibayar.


"Nak kasihan kat students yang baru nak mula hidup ni? Masalahnya saya kena dengan students yang baru nak mula hidup ni la.


"Nanti ada orang marah saya pukul rata. Saya hanya cerita pengalaman saya dan saya tak suka ambil risiko banyak kali.


"Kepada students yang masih mencari-cari rumah sewa, aunty hanya boleh cakap good luck. Salahkan senior-senior hangpa yang meninggalkan trauma kepada pemilik-pemilik rumah ni," tulisnya di Facebook. -CARI


Sumber: MStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu nak hisap bong, akak sekarang telan pil yaba jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:17 AM | Show all posts
bong tu apa ??
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 21-9-2022 11:17 AM
bong tu apa ??

Alat tiub kaca untuk bakar hisap ice/syabu/methamphetamine
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:20 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 21-9-2022 11:15 AM
Rindu nak hisap bong, akak sekarang telan pil yaba jah

i'm not judging, but, amboiiiiii





anyway, peparents yg bersuara tu mesti akn kata bkn semua mcm tu

tp serious la rmh akak tu
homeless pny post bwh jambatan lg siap kot




Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi KKM nak decriminalised ganja/marijualana/cannabis melalui Akta Kertas Putih, terpaksalah akak beli bong baharu dekat Petaling Street
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2022 11:23 AM | Show all posts
area puncak alam menderu2 budak2 mencari umah sewa..tapi mmg boleh dikatakan org2 sana mmg xmo student..serik .. diorg prefer lagi family..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:32 AM | Show all posts
Masaalah yang tuan rumah je tahu dan kena hadap setiap kali penyewa berpindah.  Budak2 sekarang rata2 tak diajar dari kecil jaga kebersihan semua benda parents mereka je lakukan.  Anak2 mereka tak disuruh bab kerja rumah dah jaga kebersihan lebih titik beratkan bab lulus exam agar dapat masuk U je.  Jadi tak hairan kalau hasilnya rata2 macam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 11:38 AM | Show all posts
cutieslilies replied at 21-9-2022 11:23 AM
area puncak alam menderu2 budak2 mencari umah sewa..tapi mmg boleh dikatakan org2 sana mmg xmo stude ...

Saujana Utama pun sma..tp mcm ramai takut nk sewakan kt student sbb tgk iklan nk cari umah sewa masih bergentayangan..xde respon
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:46 AM | Show all posts
ibu_haritz replied at 21-9-2022 11:38 AM
Saujana Utama pun sma..tp mcm ramai takut nk sewakan kt student sbb tgk iklan nk cari umah sewa ma ...

betul.. ni semua gara2 kes macam atas tu laa.. serik dah

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:00 PM | Show all posts
Boleh lak budak2 hidup.. Xsesak nafas ke? Bau sampah. Nak solat pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya cerita ni
Bulan lps sepupu hantar anak ke rumah sewa kat Ipoh
Anak dia kat POU
1 hal dia laki bini kena kemas cuci rumah sewa
Sewa plk lori utk angkut brg2 penyewa lama tinggalkan
Hazabnya perangai bdk2 ni
Mmg dr rumah tak bekemas ke apa
Ni mesti yg keluar rumah bau minyak wangi semerbak
Ootd bagai
Rumah belendir
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:08 PM | Show all posts
aku benci manusia pengotor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:41 PM | Show all posts
budak uitm la kan yang issue penempatan baru ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:49 PM | Show all posts
cutieslilies replied at 21-9-2022 11:23 AM
area puncak alam menderu2 budak2 mencari umah sewa..tapi mmg boleh dikatakan org2 sana mmg xmo stude ...

adik iolss tahun lepas cari rumah sewa kat seremban 3. susah nau. sebelum covid tu pun memang dia duduk rumah sewa. bila tanya owner rumah lama tu, dia cakap tak sewa kan dah. dah jual rasa. tanya yg lain kat area situ pun sama.
last2 dapat jugak. tu pun lecturer situ punya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu 7 tahun menyewa. Aku Jaga betui2 rumah tu. Penyewa punya la terharu smpai  duit deposit aku tu dia tambah lg 1k. Buat modal pindah rumah baru katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengotiq tahap 4...ataupun mat pit tegar
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 21-9-2022 12:00 PM
Boleh lak budak2 hidup.. Xsesak nafas ke? Bau sampah. Nak solat pun susah.

Akak tak tahu nak cakap apalah kalau sejenis buat kotor macam tu tapi solat sis. Apa solat tak menghindar dari kekotoranan perangai ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 21-9-2022 12:00 PM
Boleh lak budak2 hidup.. Xsesak nafas ke? Bau sampah. Nak solat pun susah.

Tak payah solat, senang cerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 01:20 PM | Show all posts
mostly, bukan semua, b40 ni pengotor, sbb bangsa subsidi ni, again mostly, bukan semua, adalah pemalas

ni meols tengok and compare sendiri masa study, hingga masa keja ni haaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.163969 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list