CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki Rohingya terbabit samun bersenjata ditahan

[Copy link]
Post time 20-9-2022 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Rohingya terbabit samun bersenjata ditahan

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my




POLIS menahan lelaki etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata. FOTO tular




Bayan Lepas: Lelaki etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata sebuah rumah pada Sabtu lalu, ditahan polis.

Penahanan dilakukan sepasukan polis Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, menerusi pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki di lampu isyarat berhampiran Jalan Dato' Ismail Hashim di sini, pada jam 4.30 petang, semalam.

Suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri dengan mengundur kenderaan berkenaan sebelum melanggar motosikal yang ditunggang anggota D9.

Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan di bahagian kiri tayar hadapan kereta yang dinaiki tiga suspek itu.

Suspek kemudian bertindak memandu kereta berkenaan sejauh empat kilometer dari lokasi serbuan sebelum berjaya diberkas berhampiran Setia SPICE Arena, di sini.

Lelaki berusia 25 tahun itu diberkas di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya juga dipercayai Rohingya masih dikesan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian dan tangkapan berkenaan.




Disiarkan pada: September 20, 2022 @ 4:49pm
SUMBER




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.170785 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list