View: 919|Reply: 7
|
Pelajar Tingkatan 4 Maut, Motor Berlanggar Dengan Kereta Semasa Perjalanan Nak Tengok Wayang
[Copy link]
|
|
Melaka: Hasrat seorang pelajar Tingkatan 4 untuk menonton wayang tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal ditunggangi terbabit kemalangan di Jalan Pokok Mangga di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.16 malam itu, mangsa, Muhammad Ammar Syahmi Rosli, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas membabitkan motosikal dan tiga kereta.
 Foto: PDRM
Menurutnya, kemalangan berlaku apabila mangsa dari arah Malim menghala ke Dataran Pahlawan untuk menonton wayang dipercayai berlanggar dengan Mercedes Benz E230 dari arah Klebang yang hendak masuk ke simpang Taman Sri Pandan.
"Rempuhan mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian sebelum kereta dipandu lelaki berusia 67 tahun itu kemudian merempuh Honda Accord dan Proton Aeroback.
" emandu ketiga-tiga kereta bagaimanapun tidak cedera," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Christopher, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Takde lesen
Kat mana2 pun ramai bdk2 bwk moto takde lesen |
|
|
|
|
|
|
|
allahu kompomla xda lesen ni kan. nak g tgk wyg pulok tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lah disibukkan lesen budak tu
Ongtua yang bawak Merc tu mabok
Dilanggarnya semua keta2 tepi tu
Kenapa tak kecam pacik tu?
Owh sebab pacik tu ada lesen kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.... .....innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau la budak ni ada lesen ke tak tapi umur 16 boleh ambik dah lesen moto |
|
|
|
|
|
|
|
Tang mana dalam artikel tu kata arwah ni takde lesen? |
|
|
|
|
|
|
| |
|