CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 2

Hampir Seminggu Hilang Lepas Bot Karam, Nelayan Ditemui Tersangkut Jaring Dalam Bot

[Copy link]
Post time 20-9-2022 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Mayat salah seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam dan tenggelam pada 14 September lalu ditemukan tersangkut pada jaring yang terdapat dalam bot itu.


Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd. Haniff Mohd. Yunus berkata, mayat mangsa dibawa naik pasukan penyelam pada pukul 11.45 pagi ini sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat.




Mayat Te Chia Rong dibawa naik untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.




Katanya, hasil pengecaman ahli keluarga yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa ialah Te Chia Rong, 38.


“Mayat mangsa yang sampai ke jeti kira-kira pukul 12.30 tengah hari kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Berikutan itu, kerja-kerja menyelam sedang giat dijalankan untuk mengesan seorang lagi mangsa, Chia Hock Neng, 60, yang masih gagal ditemukan,” katanya semalam.


Rabu lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima maklumat kejadian sebuah bot nelayan yang karam kira-kira sembilan batu nautika di Perairan Laut Hailam pukul 5 petang.


Dalam kejadian itu, dua lagi kru  menyelamatkan diri dengan terjun ke laut sebelum diselamatkan bot nelayan yang berada berhampiran kejadian, manakala dua lagi kru yang berusia 38 tahun dan 60 tahun dikatakan berada di dalam bot gagal menyelamatkan diri.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 02:55 PM | Show all posts
Sebelum ni x jumpa hujung2 mayat rupanya dlm bot tu..takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.970800 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list