View: 1733|Reply: 13
|
Tragis, Wanita Hamil 7 Bulan Dan Rakan Sekerja Mati Ditembak Perompak Dalam Kedai
[Copy link]
|
|
Dua perompak bersenjata menceroboh masuk ke dalam sebuah kedai sebelum menembak mati seorang wanita hamil dan rakan sekerjanya.
Rakaman mengejutkan menunjukkan salah seorang suspek bersenjata berlari masuk ke dalam kedai di bandar Manaus, Brazil, sambil memegang pistol.
Suspek juga dilihat mengejar mangsa dikenali Vanessa Araujo de Carvalho, yang hamil tujuh bulan sehingga ke belakang kedai sebelum menembak mati ketika berada di dalam bilik air.
 Foto: The Sun
Manakala rakan sekerjanya Jania Simplicio cuba bersembunyi dengan menyelinap di belakang kaunter kedai.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu menunjukkan mangsa berusia 50 tahun itu merayu sebelum ditembak dua kali oleh perompak berkenaan.
Ekoran itu, pasukan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa kedua-dua mangsa ke hospital.
Malangnya, mereka berdua meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala bayi dalam kandungan Vanessa telah dikeluarkan melalui pembedahan caesar kecemasan, tetapi turut meninggal dunia akibat komplikasi kelahiran pramatang.
Terdahulu, suspek dikatakan telah melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki, Hudson Reis de Oliveira yang berada di luar kedai.
Kes disiasat dan identiti suspek bersenjata serta motif jenayahnya masih belum dikenal pasti. - CARI
Sumber: mStar/The Sun |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau dekat nusantara, pompuan ni dah bertukar jadi pontianak balas dendam dekat jantan lehnat tu |
|
|
|
|
|
|
|
kejam. mohon tembak balik mamat ni 40 das |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai tu jual baju s&m dan bondage kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya perbuatan tapi bila disebut Brazil pasti dah jadi benda biasa disana |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 20-9-2022 10:18 AM
ni kalau dekat nusantara, pompuan ni dah bertukar jadi pontianak balas dendam dekat jantan lehnat tu
Maksud uols dekat ibunegara caprut yg in the making tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan merompak kan
Lebih kepada saksi mata
Laki tu tembak orang lain luar kedai
Tapi dorang dua ni kebetulan ada di situ
Kesian nau |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental dn hilang perikemanusiaan di mana2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tk tajuk #dunia.
Since malaysia skrg pun kes jenayah dah ala2 amerika, mohon tajuk spesifik supaya tk tertuduh kejadian kat satu negeri tu Kalo #dunia nk tuduh kejadian kat indon negara asal friska |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 20-9-2022 10:57 PM
serammnya brazil..
Yang tak seram hanyalah sayoq bayam brazil |
|
|
|
|
|
|
| |
|