CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2142|Reply: 1

Waspada kartun animasi ada unsur LGBT

[Copy link]
Post time 20-9-2022 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Waspada kartun animasi ada unsur LGBT


Foto hiasan.

Pasti masih ramai mengingati rancangan kartun Hikayat Sang Kancil dihasilkan Filem Negara Malaysia yang diadaptasi daripada kisah kelicikan watak Sang Kancil memperdaya Sang Bedal (buaya) untuk menyelamatkan Sang Sempuh (kerbau), disusuli dua lagi episod, Sang Kancil & Monyet (1984) serta Sang Kancil & Buaya (1987).

Kartun animasi itu secara tidak langsung melahirkan kumpulan penggiat seni animasi dan studio animasi komersial pada era 1990-an seperti Usop Sontorian, Kluang Man, Yokies, Anak-Anak Sidek dan Kampung Boy.

Malah, ia bertambah matang terutama dari aspek kreativiti dan teknologi hingga mewujudkan studio produksi animasi seperti Les Copaque, Animonsta, Animasia dan Warnakala Studios menghasilkan kartun animasi berkualiti tinggi setaraf produksi dari luar negara.

Namun kebelakangan ini, muncul isu kontroversi boleh memberikan imej salah kepada penonton terutama kanak-kanak. Pada tahun ini, Disney Studio menerbitkan filem animasi, Lightyear.

Filem diilhamkan daripada watak dalam Toy Story, Buzz Lightyear itu, menjadi polemik dalam kalangan pengkritik filem kerana membabitkan babak ciuman antara dua watak wanita.

Meskipun durasinya kurang 5 saat, ia menimbulkan ketidakselesaan terutama masyarakat Timur hingga diharamkan di 14 negara termasuk di Asia Barat dan China.

Sebagai gergasi produksi animasi, Disney mempunyai pengaruh kuat dan menjadi rujukan banyak studio animasi. Sebelum ini, boleh dikatakan hampir semua kartun animasi Disney mempunyai mesej kehidupan meninggalkan kesan emosi kepada penonton.

Beberapa filem animasi seperti Lion King pada 1994; Finding Nemo (2003); Big Hero 6 (2014) dan Inside Out (2015) bukan sekadar hiburan, bahkan sarat nilai moral, etika serta falsafah hidup.

Justeru, apakah rasional ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diselitkan dalam kartun animasi? Adakah ia gimik atau strategi pemasaran menarik perhatian penonton?

Bimbang jadi trend

Apa yang kita dapat dibaca, Disney secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada perjuangan LGBT. Disney dikatakan agak 'berat hati' awalnya untuk membenarkan babak itu.

Namun, Pengarahnya, Angus MacLane memberikan justifikasi kesinambungan babak itu sangat penting dalam plot Lightyear hingga dikekalkan.

Tindakan Disney itu dibimbangi bakal menjadi trend dalam produksi kartun animasi seperti yang dapat dilihat dalam penghasilan siri kartun animasi popular, Peppa Pig.

Peppa Pig diklasifikasi rancangan animasi pendidikan prasekolah, mempamerkan gaya ringkas, dialog mudah difahami dan disasarkan kepada kanak-kanak prasekolah.

Dalam episod terbarunya, Families, ia dimasukkan elemen LGBT apabila watak Penny Polar Bear memperkenalkan Peppa Pig kepada dua 'ibunya' bekerja sebagai doktor dan chef.

Walaupun watak LGBT dalam Peppa Pig tidak menyerupai manusia, ia akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri kanak-kanak. Apakah reaksi ibu bapa sekiranya ditanya anak mereka mengenai perkahwinan pasangan sejenis?

Melihat perkembangan terkini itu, agensi seperti Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) harus mengkaji semula sistem rating diberikan kepada kartun animasi membawa unsur LGBT.

Penerbit kartun animasi tempatan juga bertanggungjawab menghasilkan kandungan cerita boleh mendidik kanak-kanak mengikut norma masyarakat tempatan dan menolak ideologi bertentangan dengan akhlak serta jati diri Muslim.

Penekanan perlu difokuskan kepada pembangunan kanak-kanak prasekolah dengan mempelbagaikan lagi rancangan kartun animasi tempatan.

Pensyarah Kanan Public Art Creative Aesthetic & Quality (PACAQ), Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka.

Sumber:https://www.bharian.com.my/renca ... masi-ada-unsur-lgbt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Skang ni mmg cabaran buat parent untuk kekang bnda ni, kdg2 tak paham bspah dlm netflix tu citer lgbt..
Menakutkn betol..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.343812 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list