Penyertaaan Tomok dalam Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada mulanya telah mencetuskan rasa kurang senang segelintir warganet.
Namun Tomok telah membuat kejutan dengan persembahannya yang memukau pada minggu pertama program tersebut malam tadi seterusnya mendapat pujian ramai.
Menduduki tempat ketiga di belakang dua peserta terbaik iaitu Jaclyn Victor dan Shila Amzah telah membuatkan namanya trending dalam Twitter.
Rata-rata warganet memuji persembahan vokalis kumpulan New Boyz itu yang sekali gus mengimbau kenangan ketika zaman kegemilangan lagu-lagunya.
Terharu melihat sokongan positif yang diterimanya daripada netizen dan peminat, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail meluahkan rasa syukur atas reaksi ramai.
“Alhamdulillah, baik atau sebaliknya saya ambil. Terima kasih,” tulisnya ringkas dalam satu hantaran Instagram.
Penyanyi berusia 38 tahun itu turut memuat naik tangkap layar ruangan memaparkan isu atau subjek yang menuai trending dalam Twitter dengan namanya memiliki jumlah 2,712 ciapan.
Selain Twitter, persembahan Tomok yang menyanyikan medley dua buah lagu popularnya iaitu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang turut trending dalam TikTok.
Ramai peminat menyuarakan rasa teruja melihat penyanyi yang mula aktif bernyanyi sejak berusia belasan tahun itu beraksi selaku salah seorang peserta sekali gus mengimbau nostalgia zaman popularnya bersama New Boyz.
Dibawah merupakan antara lagu-lagu Newboyz yang menjadi kegilaan remaja awal tahun 2000 dulu.
GV9 menampilkan persaingan sengit 13 peserta terdiri daripada Jaclyn, Shila, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Asheed Def Gab C, Pat Candy, Tom, Kumpulan VE, Haida Hasnan, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman.
Jadi dalam ramai-ramai 13 peserta ini, siapa yang anda rasa bakal jadi juara GV9? - CARI
Post time 20-9-2022 04:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tomok ni mmg dr dlu cara dia nyanyi cmtu kalo msuk comptition mne2 pn. Acik ske dia mse prgram apa ntah yg dia kne nyanyi lgu2 org lain tp ubah ikut kreativiti sndiri. Sdp2 jd nye lgu dia gubah
Nak cakap cara penyampaian? Takkheun sampai perlu seMEMEK khen raut more macam nak mintak kena terajang je lagaknya...khen?
Tok awie bawak lagu dipenjara janji walau kita akui range lagu memang tahap buwasir #putusuratkentotkalautakbetul...masih takda pun perlu buat raut sememek kheunz? Caya ler tokwie
tak tahan vibrator kuat nau dia ni. suara tak sedap mana. itu yg dok sedapkan dgn vibrator tu kononnnnnnn sedap. tak tahan tgk mulut dia kalau nak fefeling konon sedih. melengkung habis. huduh ko nyanyi dik. sore tak sedap mana. tp suka betul masuk pertandingan.
Post time 20-9-2022 09:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
BoongaKertas replied at 20-9-2022 08:21 AM
teringat akak cousin meols yg menggilakan tomok di era kegemilangan newboyz dulu. hahaha!
Kawan meols pun ada sorang yg gilakan tomok zaman2 tu. Hahaha. Adoiii.. Pening ah kepala. tapi budak2 lelaki biasanya menyampah dengan tomok sebab awek2 diorang dok tergila2kan newboyz. Jeles. Bhahaha.
Post time 20-9-2022 10:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Cleocatra replied at 20-9-2022 09:39 AM
Suara heols memang tak berapa. Tapi personality dengan attitude heols yang bole dipuji. Humble, ta ...
Kiranya bob lg better la kan? Suara lg sedap, pakej humble, attitude pon bagus. Cuma kurang dari rupa jah. Xila yg suara sedap pon x rasa nk dgr sbb perangai hauk sheol. Tp nk buat gimana, ni pertandingan suara, bukan pertandingan attitude. Mcm acik ecah, diva2 perangai pon boleh menang