CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Kedah] Rakyat serbu Thailand, Langkawi pula suram

[Copy link]
Post time 19-9-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

STESEN Kereta Api Hatyai sesak dengan pengunjung dari Malaysia selepas sempadan kedua-dua negara dibuka kepada orang ramai.


ALOR SETAR – Keghairahan rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Thailand menjejaskan industri pelancongan negara termasuk di Langkawi apabila kedatangan pelancong ke pulau pe­ranginan itu semakin menyusut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, maklumat awal yang diperolehnya mendapati kedatangan pelancong terutama warga tempatan menurun sehingga 48.9 peratus sepanjang cuti Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini.

“Ini adalah perbandingan antara 2019 dan 2022 dalam tempoh sama iaitu dari 16 Ogos sehingga 16 September mengambil kira cuti waktu puncak iaitu cuti umum Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Pendapatan daripada pelancongan Langkawi jatuh sehingga 48.9 peratus dengan anggaran kerugian sekitar RM5.7 juta apabila 60 peratus penduduk Malaysia memilih untuk bercuti ke Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, kadar tempahan hotel di pulau berkenaan juga me­nurun sehingga 45 peratus pada cuti umum Hari Malaysia (Jumaat lalu) walaupun ia merupakan cuti hujung minggu berganda.

“Hotel yang penuh cuma di Pantai Cenang, kawasan lain termasuk Kuah mengalami kejatuhan,” katanya.

Zainudin tidak menafikan pelbagai isu berkaitan terma­suk masalah feri menyumbang ­kepada penurunan kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi ketika ini.

“Penurunan ini dilihat sejak kerajaan Thailand membuka semula pintu sempadan dan melonggarkan pelbagai syarat kemasukan selain mempromosikan sektor pelancongan mereka de­ngan hebat.

“Sektor pelancongan mereka sangat bersatu dan gigih mempromosikan produk masing-­masing. Walaupun nilai ringgit kita jatuh, namun Thailand dilihat bertolak ansur dengan rakyat kita kerana nilai baht mereka lebih rendah di sana berbanding di sini. Ini adalah salah satu cara mereka menarik pelancong, jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika rakyat kita berpusu-pusu ke sana,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar kerajaan termasuk kementerian dan agensi pelancongan yang terbabit melaksa­nakan pelbagai rangka promosi untuk mengembalikan kecemerlangan Langkawi.

“Sempena Bajet 2023 ini kita juga berharap kerajaan akan memperuntukkan insentif kepada pengusaha hotel untuk kami melakukan promosi. Kepada pengusaha hotel dan mereka yang terlibat dalam industri ini saya juga menyeru agar semua pihak jangan bersifat tamak dan mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... angkawi-pula-suram/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056559 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list