CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Kedah] ‘Benarkan kami ambil, hantar penumpang di sempadan’

[Copy link]
Post time 19-9-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

SALAH seorang pemandu teksi merenung jauh Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam selepas mereka tidak dibenarkan melintasi bangunan itu untuk mengambil dan menghantar penumpang di Kubang Pasu, Kedah. – FOTO/JAMLIAH ABDULLAH



KUBANG PASU: Pemandu teksi di Bukit Kayu Hitam, di sini merayu agar mereka dibenarkan mengambil dan menghantar penumpang di sempadan Malaysia-Thailand se­perti sebelum ini.

Mereka mendakwa pendapatan harian terjejas kerana kekurangan penumpang ekoran penguatkuasaan peraturan itu walaupun sempadan telah dibuka.

Menurut Rahim Rasul, 52, ketika ini mereka hanya dibenarkan menghantar dan mengambil penumpang di lokasi sebelum Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sahaja berbanding sebelum ini sehingga ke Kompleks Bebas Cukai.

“Dahulu sebelum pandemik ka­mi ada tiga stesen iaitu di Kompleks Bebas Cukai, berdekatan pintu sempadan dan depan balai polis Bukit Kayu Hitam.

“Tetapi selepas pandemik kami hanya boleh hantar dan tunggu penumpang di luar kira-kira satu kilo­meter (KM) dari ICQS. Itu pun ha­nya dua teksi boleh tunggu di situ, jadi kami terpaksa bergilir-gilir.

“Kami pernah memohon agar dikembalikan stesen itu tetapi tidak dibenarkan atas faktor ke­selamatan, maka perkara itu amat mengecewakan,” katanya ketika ditemui di Stesen Teksi Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Menurut Rahim, mereka merayu peraturan itu dilonggarkan bukan semata-mata untuk kebaikan mereka sahaja tetapi untuk pelancong dan orang tempatan yang keluar masuk di sempadan.

“Bayangkan ketika ini mereka perlu berjalan sehingga lebih 1 KM untuk mendapatkan teksi atau kereta sewa. Begitu juga jika mereka ingin ke Thailand,” katanya.
S. Thakai, 40, memberitahu, penumpang yang terdiri daripada pelancong sering mengadu peraturan itu menyusahkan mereka.

“Mereka terpaksa berjalan jauh untuk dapatkan kereta sewa atau teksi, bayangkan kalau ada yang bawa beg banyak,” ujarnya.

“Kami merasakan peraturan ini sangat membebankan, malah tidak menggalakkan pelancong untuk menggunakan teksi atau kereta sewa kami. Sejak Covid-19 pendapatan kami sangat terjejas dan sekarang baru nak bernafas semula,” katanya.

Menurut Syafiq Mohd. Syukri, 30, berbanding sebelum pandemik mereka hanya mampu meraih pendapatan sekitar RM80 sahaja sehari ketika ini.

“Dahulu paling kurang pun boleh dapat RM150 sehari tetapi sekarang susah walaupun sempadan sudah buka seperti biasa. Ramai yang terpaksa berfikir banyak kali kalau nak guna perkhidmatan teksi atau kereta sewa kami dengan peraturan baharu ini.

“Jadi kami harap sangat pihak terlibat akan mempertimbang perkara ini, kami baru nak mula bina hidup. Pemandu teksi sekarang pun tak banyak daripada beratus tinggal 40 orang sahaja sebab tak dapat bertahan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... umpang-di-sempadan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.060607 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list