View: 608|Reply: 2
|
Bekas Besan Upah Gangster Potong Hidung Dan Telinga Lelaki, Bengang Bekas Menantu Kahwin Lain
[Copy link]
|
|
MUMBAI – Seorang lelaki dari negeri Rajashtan, India terpaksa bertarung nyawa selepas diserang sekumpulan gengster yang bertindak memotong hidung dan telinganya, lapor akhbar The Sun.
Semasa kejadian, mangsa, Sukhram Vishnoi, 55, baru sahaja tiba di rumah apabila sekumpulan gengster yang terdiri daripada enam lelaki menerjah masuk dan mula membelasahnya.
Detektif mengesyaki dalang di sebalik serangan itu ialah bekas mentua anak perempuan Sukhram yang berang apabila mangsa bertindak mengahwinkan wanita itu sejurus bercerai dengan anak mereka.
 Gambar Hiasan
Polis mendakwa bahawa bekas suami anak perempuan Sukhram dan abangnya turut terlibat dalam merancang jenyah tersebut.
Sukhram dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal akibat serangan tersebut.
Anak perempuannya baru-baru ini berkahwin semula dengan lelaki lain selepas bercerai dengan suami pertamanya enam tahun lalu.
Wanita itu pernah memfailkan kes terhadap mentuanya beberapa tahun lalu berkaitan tuduhan mengenai mas kahwin. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
otak diorg ni kenapa ek. xleh pikir logik ke ek |
|
|
|
|
|
|
| |
|