CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 12

[Jenayah] Bapa disyaki rogol 2 anak kandung ditahan polis

[Copy link]
Post time 18-9-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bapa disyaki rogol 2 anak kandung ditahan polis
Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Bapa iblis. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang lelaki kerana tergamak menjadikan anak perempuannya berusia 19 dan 15 tahun sebagai hamba seks seawal usia mereka 12 tahun lagi dengan mendakwa dirinya mempunyai 'saka'.

Perbuatan jijik suspek berusia 50-an itu hanya terbongkar pada 5 September lalu apabila disaksikan sendiri oleh isterinya ketika pergi ke bilik tidur anak keduanya dari tiga beradik di tingkat atas rumah mereka di Melaka Tengah, dekat sini.

Suspek yang terkejut disergah isterinya kemudian bertindak mengambil pisau serta mengugut untuk membunuh wanita terbabit, anak kedua dan bongsu berusia sembilan tahun serta mencabut nyawanya sendiri jika kejadian itu dilaporkan kepada polis.

Suri rumah itu kemudian menyelinap keluar bersama dua anaknya sebelum pergi ke rumah isteri pertama suspek ketika suaminya yang juga penyelia syarikat pemegang pelaburan membuat kerja di komputer pada keesokkan harinya.

Wanita terbabit menghubungi anak sulungnya pada jam 1 tengah hari dan memintanya pulang ke rumah ibu tirinya itu dan selepas menceritakan kejadian, dia bersama dua anaknya pergi ke rumah saudara di Selangor pada 7 September lalu.

Menurut sumber, satu laporan dibuat di Balai Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur oleh ibu mangsa pada 8 September lalu.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu dipercayai merogol anak keduanya sejak 2019 dengan kejadian terakhir berlaku pada 5 September lalu manakala anak sulungnya yang kini belajar di sebuah kolej di Selangor diperkosa dari 2015 sehingga 2019.

Sumber berkata, sepanjang tempoh berkenaan, kedua-dua mangsa hanya mendiamkan diri kerana bimbang ibu akan diceraikan oleh suspek dan mereka hilang tempat bergantung.

"Siasatan mendapati remaja berusia 15 tahun itu dirogol lima hingga lapan kali setiap bulan sejak 2019 dan sering diugut oleh suspek untuk tidak mengaku mangsa sebagai anak selain akan merotan dan mengurungnya di rumah jika hal itu diceritakan kepada si ibu.

"Mangsa hanya mendiamkan diri sehinggalah pada November 2021, dia menceritakan kejadian apabila ditanya kakaknya sama ada pernah melakukan hubungan seks dengan bapa mereka.

"Masing-masing menceritakan mereka pernah melakukan seks secara paksa bersama suspek," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut sumber, anak sulung lelaki itu pula memberitahu dia dipaksa melayan nafsu seks bapa kandungnya sejak berusia 12 hingga 16 tahun dan sepanjang kejadian, suspek mengugut akan menceraikan, membunuh atau mencederakan ibu mangsa jika hal itu diberitahu kepada orang lain.

"Susulan laporan dibuat ibu mangsa, suspek ditahan pada 9 September lalu dan direman selama 14 hari bermula 10 hingga 23 September ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan kejadian, namun tidak mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: September 18, 2022 @ 1:34pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga
Semua ditalanya
Elok.laki ni diberi buaya kat taman buaya tu..
Tak layak hidup berbumbungkan langit angkasa kelabu...
Lantainya bumi retak seribu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah... Mcm disiat2 hati baca. Malang betul nasib anak2. Binatang ni elok ditembak mati terus, sial punya manusia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hina dan jelik sungguh perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:19 PM | Show all posts
ada 2 bini pun tak cukup2 lagi ke
umur dah 50 harap mampos cepat
masuk penjara nanti habislah padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang setan  dah ada 2 bini pun masih merogol anak sendiri

Agaknya jantan nie perangai cam lahanat, tu yg bini 1st & 2nd, boleh ngam  semuga mangsa dapat keadilan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah
Kemurungan aku baca kisah ni
Kesian sangat 2 adik beradik ni
Bangsat si bapa 'Haruan makan anak' ni
Semoga menerima hukuman berat si bapa yang bangsat ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:53 PM | Show all posts
Allahuakbar sekeji2 & sehina2nya manusia mcm ni. Tak sayang & kesian ke kat anak2... Agaknya macama mana perasaan anak2 . Trauma ke , takut ada masalah  mental nanti. Sedihnya kenang nasib budak2 tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wpun dah ada dua bini…speechless
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi pun sayangkan ank... Bangsat sgttt bapa bodoh jahanam syaitan ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh babi nya jantan. Humban dlm kolam buaya plisss jgn buang masa bicara2 suma. Jijikkkk namateyy
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 04:31 PM | Show all posts
speechless baca, ermm yg ni lobai & lobainita taknak bg sepatah dua kata ker mcm mana nak membendung jenayah incest di dunia modern ni???
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu ke ni? Kahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.098951 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list