Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Mercedes C43 melarikan diri selepas merempuh sebuah pam di stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, awal pagi Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sebuah jentera dan lapan orang anggota dari Balai Bomba Taman Tun dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah malam.
 Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan minyak di lokasi kejadian untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. Foto JBPM
"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.
"Bagaimanapun, didapati tiada pemandu berada di dalam kereta terbabit semasa pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian," menurut kenyataan itu, pada Sabtu.
PGO Kuala Lumpur memaklumkan, berlaku tumpahan minyak petrol susulan kemalangan terbabit.
" asukan bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah malam," kata kenyataan itu.
Sumber: Sinar Harian |