View: 1210|Reply: 7
|
Dilabel Kebudak-Budakan- Dulu Ramai Pandang Hina Aeril Zafrel Main TikTok, Sekarang Lubuk Buat Duit
[Copy link]
|
|
Aeril Zafrel tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai 'presiden TikTok' sebaliknya gelaran itu diberikan pengguna aplikasi media sosial terbabit.
Aeril yang kini memiliki dua juta pengikut di TikTok berkata, sebelum ini ramai yang memandang rendah terhadap media sosial itu yang disifatkan sebagai kebudak-budakan.
Foto: IG
"Saya tak pernah gelar diri saya presiden, tapi waktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan saya antara selebriti yang aktif menggunakan TikTok.
"Dulu ramai yang memandang aplikasi ini hina dan kebudak-budakan, tapi saya malas nak ambil pusing dan tetap teruskan dengan muat naik kandungan baru bagi menghiburkan hati rakyat Malaysia.
"Ketika itu hampir setiap hari saya kongsikan kandungan baru sehingga ramai muat turun TikTok semata-mata nak tengok video saya. Mungkin sebab itulah saya digelar presiden.
"Bagaimanapun selepas PKP berakhir aplikasi itu mula menerima maklum balas positif dan kini menjadi salah satu cara untuk mereka mempromosikan perniagaan dan menjana pendapatan," katanya.
Menurut Aeril, TikTok juga dilihat memberi peluang kepada insan biasa untuk bergelar pempengaruh dengan cepat bagi mengubah nasib hidup mereka.
Kata Aeril, disebabkan itu dia berkerjasama dengan pempengaruh TikTok, Rozyana Roslan untuk memajukan diri dan perniagaan.
"emilihan Rozyana adalah tepat kerana dia mempunyai jutaan pengikut di TikTok. Trend sekarang pun makin ramai yang aktif di TikTok, jadi kita kena ambil peluang dan ikut perkembangan semasa.
"Malah kebanyakan isu viral pun datang daripada aplikasi itu. Jadi kami jalinkan kerjasama ini selain kaji apa yang tengah trending sekarang.
"Ini kerana walaupun saya dan Wawa selebriti, kami tidak menafikan pengaruh (influencer) daripada pempengaruh lain juga membantu bisnes kami. Tidak boleh berharap kepada kami berdua saja.
"Biarlah pada masa mendatang jenama ini masih mampu bergerak sendiri walaupun kami tidak ke depan," katanya.
Dalam masa sama, Wawa turut mengumumkan kerjasama dengan Rozyana menerima impak positif apabila produk wangian itu sudah terjual 22,000 unit sebelum pelancaran dibuat. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai skarang aku tetap rasa anak sulung dia tu seram... Cuba dia tukar style rambut anak dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika itu hampir setiap hari saya kongsikan kandungan baru sehingga ramai muat turun TikTok semata-mata nak tengok video saya. Mungkin sebab itulah saya digelar presiden.
Retis timbang kilo dan overclaim berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Knp wawa baju kuning tu x comey dah skang.
Ewww sgt laki die nie
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekaran pun aku masih pandang hina kat depa laki bini..
euwww jijik yach |
|
|
|
|
|
|
|
Soalnya, di manakah keberkatan duit hasil dari permainan aplikasi tiktok jika kandungannya melalaikan dan tidak patuh syariah? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak wawa tua dr laki.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sulung theyols tu memang macam autism/psiko ke eh? kat video pun depa tak show off sangat kan, selalu yang ada anak perempuan dia yang sebijik muka wawa tu je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|