CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 8

Pakcik Tua Sanggup Selam Dalam Lubang Najis, Baiki Saluran Tersumbat Demi Cari Duit

[Copy link]
Post time 17-9-2022 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Gelaran adiwira atau hero pastinya paling sesuai untuk seorang lelaki bergelar bapa.


Begitulah hebatnya pengorbanan ketua keluarga ini yang gigih mencari rezeki setiap hari untuk keluarga.


Tidak kiralah sama ada pekerjaan yang dilakukan susah atau senang, apa yang penting adalah kesanggupan yang ditunjukkan demi memenuhi kehendak dan keperluan di rumah.


Menerusi perkongsian seorang pengguna di media sosial, seorang lelaki dilihat sanggup menyelam ke dalam sebuah saluran najis yang dipercayai tersumbat.


Foto: mStar






Sebagaimana yang kita ketahui, proses dan kerja-kerja membersihkan saluran kumbahan bukanlah satu kerja mudah.


Lelaki tersebut perlu masuk ke dalam air najis yang menjijikkan serta menggelikan untuk mencari benda asing dalam takungan tersebut.


Menurut kasyen yang ditulis pada video itu, pakcik berkenaan dikenali sebagai Pak Long.


“Steady Pak Long menyelam dalam lubang najis. Baiki saluran tersumbat,” tulis pengguna TikTok tersebut.







Melihat pada video berdurasi 15 saat itu, Pak Long pada awalnya masuk ke dalam saluran dengan bantuan hos paip.


Beberapa saat kemudian, dia menenggelamkan dirinya dipercayai untuk membetulkan semula sistem kumbahan yang sudah tersumbat.


Malah, pelayar tersebut juga memuat naik satu lagi video menunjukkan diri Pak Long dalam keadaan kotor dan basah dipercayai selepas menyelam dalam tangki tersebut.


“Semangat demi keluarga,” tulisnya dalam video kedua tersebut.


Susulan video yang menjadi tular, warga maya memuji kecekalan Pak Long yang disifatkan berjiwa kental kerana mampu melakukan kerja yang tidak ingin dilakukan oleh orang lain pada masa ini.





“Sungguh kuat semangat pakcik ini. Hebat daripada apa yang kita lihat.


“Ya Allah kerja tak setimpal dengan gaji. Semoga pakcik dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.


“Tu pengorbanan kalau tak orang tak tahu. Yang tahu minta duit saja dengan mak bapa tak tahu susah payah mereka macam mana.


“Kerja yang tak semua orang boleh buat. Satu dalam sejuta. Gaji 10K pun belum tentu ada yang mahu. Steady Pak Long.


“Ya Allah tak semua orang mampu buat kerja yang macam pakcik ni buat. Semoga Allah panjangkan umur, sihat selalu, diluaskan rezeki seluas lautan,” demikian antara komen netizen di TikTok.


Dalam pada itu, netizen turut prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan lelaki sudah lanjut usia itu yang bekerja tanpa sebarang perlindungan.


Netizen bimbang keselamatan Pak Long yang tidak memakai sut perlindungan ketika melakukan kerja.


“Sepatutnya sediakan coveral uniform untuk sewage treatment. Pakcik ni boleh terdedah dengan penyakit berbahaya. Moga dimurahkan rezeki.


“Mana safety abang? Tolonglah bagi peralatan keselamatan cukup-cukup. Pakcik tu insan bukan haiwan,” komen netizen lagi.


Untuk rekod, perkongsian tersebut meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan di TikTok setelah dimuat naik oleh pelayar Man Kasim_. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg komen menyokong tindakan pokcik tu, skolah tinggi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni memang kojer dia nyelam cuci pembetung ke?
Atau beliau warga lokal secara sukarela turun lubang pembetung cuci sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 05:45 PM | Show all posts
sekarang dh ada alat untuk cuci sewage



sewage tu boleh runtuh , tebang pokok akar dalam sewage or keluarkan blockage silap2 runtuh. hopefully pakcik sihat walafiat selalu dan safety first
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah dah beberapa kali terjadi kematian disebabkan gas beracun di saluran pembetung dan tangki najis?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasei aku tanya tadi,
pokcik ni meme koje pencuci pembetung atau sekadar orang lokal yg takde kepakaran tetapi acah² nak jugak buat?

Pokcik tu dah masuk dlm manhole yg terus pegi main sewer pipe, lazimnya dalam.

Kot selam² skali kaki tersangkut celah step ladder dlm lobang tu, satu hal pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Confined space tu pakcik..boleh mati tak cukup oxygen or hidu toxic gasses
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut pakai uniform khas pakcik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2022 09:00 AM | Show all posts
wow, amazingly dangerous effort he has to do ye.
ya Allah , siapa yg curious - i nak tahu juga immune system dia tu bagaimna level rintangan terhadap segala kuman kuman penyakit kulit etc , parasites

my god...pak cik ni memang kene ivermectn bebetul ni.

isk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.221094 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list