CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3281|Reply: 44

Wanita Dilema Nak Kahwin Duda Anak Tiga- Takut Saudara Mara Mengata, Kawan Pun Kutuk Belakang

[Copy link]
Post time 17-9-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Wanita yang memilih lelaki lebih berusia sebagai pasangan hidup pasti akan mengundang pelbagai spekulasi masyarakat.


Apatah lagi jika lelaki dipilih itu mempunyai kewangan kukuh dan kehidupan stabil berbanding kebanyakan pemuda lain di luar sana.


Seperti luahan seorang bakal pengantin wanita berusia 26 ini di Twitter Twtmalaywedding, dia bimbang akan dipandang serong apabila berkahwin dengan lelaki berstatus duda berusia 43 tahun.


Gambar Hiasan




“Saya akan berkahwin dengan duda anak tiga dan umur dia dah 43 tahun ni. Saya okay saja sebab dia baik dan gentleman.


“Tapi satu saja saya tak okay. Takut kena judge dengan saudara mara, orang kampung dan kawan-kawan.


“Saya takut nak beritahu kawan-kawan yang saya akan berkahwin dengan orang umur 43 duda anak tiga,” katanya dalam mesej tersebut.





Bagi mengelakkan daripada menjadi umpatan rakan-rakan mengenai pilihan hidup, dia memilih untuk tidak membuat perkongsian di media sosial mengenai suami.


Alasannya, dia tidak mampu menanggung rasa kecewa dan sedih untuk berhadapan dengan kritikan orang lain.


Bagaimanapun, perkara itu bakal menjadi pertikaian kerana dia merupakan seorang yang aktif menggunakan Instagram.


Tegas wanita itu lagi, memilih lelaki tersebut sebagai suami bukanlah disebabkan harta dan kemewahan dimiliki.


“Kawan saya... depan saya dia cakap tak apa. Cinta itu buta. Tapi dia pergi mengumpat dekat kawan lain.


“Sedangkan saya pilih dia bukan sebab harta. Dia tak kaya langsung pun sebab dia daripada famili miskin tapi kerja sekarang stabil.


“Tapi orang bukan tahu pun dia miskin ke kaya. Yang mereka tahu kalau kahwin (orang) tua atau duda sebab harta.


“Tu yang saya stress, tak kanlah saya nak beritahu harta dia miskin baru orang tahu saya kahwin bukan sebab harta,” ujarnya lagi.


Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang memberikan pendapat mereka.


Rata-rata mencadangkan agar wanita ini untuk mengehadkan hantaran di media sosial serta mengendahkan segala kata-kata negatif kepada mereka.


“Kawin saja. Pedulikan orang kata. Yang penting kita happy dengan life kita. Kurangkan share fasal suami dekat media sosial.


"Kalau ambil gambar pun daripada belakang ke... ala pandai-pandailah adjust. Jangan terlalu terkesan sangat dengan orang yang toksik. Kalau rimas block saja lantaklah kawan ke apa.


“Kalau asyik fikir takut kena judge, susahlah macam tu. Sampai bila awak nak sembunyikan suami awak. You deserve to be happy. Pedulikan apa orang nak kata.


"Tapi kalau masih takut jugak kena judge dan ia sangat mengganggu fikiran awak, tak payah kahwin dengan lelaki tu.


“Kawan yang baik, dia akan sama-sama gembira apabila kita sampai khabar berita yang gembira.


"Kalau kita sampaikan berita gembira tapi riak wajah dia mencurigakan. Ada benda tak kena dengan kawan tu,” komen netizen di Twitter.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kahwinnya dia, bukan sedara mara tersebut. Kenapa nak peduli pasal orang lain judge kita. Melainkan parents tak restu, tu lain cerita
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia insecure psl org lain punya tanggapan tu mcm cerminan ko pn xconfident ngn pilihan ko..baik xyah la kawen cmtu, da alang2 ko pikir org ckp cmtu baik ko kawen je ngn org lg tua yg lg kaya..sbb either way org mengata hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
La bkn kawen laki org ape nk peduli org kata lain la ko yg menduda kan laki tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengaku jek. Kawen duda sbb lg stabil. Duit byk. Apedehal. Janji korang bahagia. nak dgr sgt tanggapn org tu apesal? Kalo rasa x blh terima ckp2 org, dr awal ptt jgn kawen
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain tengok kos hidup korang tempoh 18 tahun utk 2 dewasa+3 budak +1-2 bayi bakal lahir + rumah +transport
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertanyaan aku:

1. Confirm ke duda?

2. Pendapatan mamat tu tolak duit nafkah anak2 cukup ke nk sara bini yg baru ni, plus.. anak yg mungkin bakal lahir?

Ini jaman semua mahal. Cinta saja xboleh buat dapur berasap. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ko nak rasa risau? Adakah lelaki tu jadi duda disebabkan ko?
Kalau gitu mmg wajarlah ko rasa risau ye dak, maka kawen jelaa tp nnt jgn post gambo laki ko buh sticker ke apa yg patut.
Mmg org akan ngata jugaa depa akan kata ko mesti kawen ngn laki org sbb tu sorok muka laki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu dgr ckp org, smpai kiamatla ko tak kawin
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
The unhappiest people in this world, are those who care the most about what other people think. ― C. JoyBell C.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 03:50 PM | Show all posts
greantea: Mengaku jek. Kawen duda sbb lg stabil. Duit byk. Apedehal. Janji korang bahagia. nak dgr sgt tanggapn org tu apesal? Kalo rasa x blh terima ckp2 org,  ...


kalau duda oklah jangan cm sorang tu suami orang pun dia sakau.  cuma bagi kaka masa susah senang the right person ada kt side, masa dah senang cari bini baru. xpatutlah. not everyone boleh susah senang bersama .

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Duda tu baru cerai ke yg ko rasa takut sgt???

Zmn ni rasanya nobody cares unless jantan tu baru bercerai.

Nasihat i, make sure laki tu kaya. Ank 3 tu berat tanggungan. Jgn ko sekat pulak nafkah ank2 laki tu. Org tua bkn pndang serong tp risau klau jantan tu x mampu. Skrg ni sorang ank i estimate 300-400. So sebulan laki tu wajib bg nafkah min 1.2k-1.6k.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
We nak kawen, kawen je la .badan ko kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sgt klu kau terima duda ank 3.....

Kau muda lg dah jadi babu jaga ank dia....
Kwn aku kwin duda ank 4....tapi masa tu umor dia pun dah byk....42thn....mcm2 kerenah ank dia nk kena hadap...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 04:12 PM | Show all posts
Edited by brego at 17-9-2022 04:16 PM
jazaa100 replied at 17-9-2022 04:07 PM
Bodoh sgt klu kau terima duda ank 3.....

Kau muda lg dah jadi babu jaga ank dia....

betul tu.
sama bodoh dengan jantan single yang kawen dengan janda.

anak sendiri takde, tak pasal2 bela anak orang lain.
kalau duit banyak tak terkire takpe la jugak bela anak orang

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 04:17 PM | Show all posts
pompuan ni by nature memang gini kan,
takut nau dia menongkah arus, tak sama dengan majoriti lain.
takut dengan mulut orang, semua benda dia takut.

yang ni pulak sedih sebab tak dapat menunjuk laki dia di social media ,
takut orang lain mengata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 17-9-2022 04:17 PM
pompuan ni by nature memang gini kan,
takut nau dia menongkah arus, tak sama dengan majoriti lain.
t ...

Kawan meols kwen dgn org tua dlm 15 thun meninggal dah org tua tu sbb stroke. Kat fb xde pon gbar laki. Dia kwen masa umo 25 dan tahan betul jiwa dia x menunjuk laki kaya kt fb. Lepas laki mati...x sampai sstahun..kwen pulak dgn kwn arwah..org tua gak. Kwn meols tu ada master tpi sejenis tanak susah payah idop jd ibu tunggal kot. Lagi 1 arwah laki sakit 3 tahun, so dia kata x dpt sex lama dah..tu sbb dia cecepat cari laki baru. Meols kata masalahnya nape x cari laki tua 3 4 thun dari dia. Ni cari beza umo 25 thun kwen kejap dah kiok. Kwn meols pon dah 46.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau duda tu jenis bertanggungjawab, jujur & rajin keje, ok je nak kawen. Orang luar ni, ko hepi pun dia mengata, ko tak hepi pun dia kata gak, so buat apa nak pikir pasal orang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Fikir la masak2 dik
Kadang2 ade btol nye jgk org larang

Kakak iols sendiri kawen duda anak sorang
Anak nye perangai cm haprak
Dah kawen pn menyusahkn mak bapak lagi
Nk komen lebih2 anak tiri.
Ade je anak tiri perangai elok
Tp gitu la. Jaga anak org ni ssh

Klo marah anak sndiri xpe
Klo mak tiri marah ank tiri teros label mak tiri jahat.

3 org tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 17-9-2022 04:33 PM
Kawan meols kwen dgn org tua dlm 15 thun meninggal dah org tua tu sbb stroke. Kat fb xde pon gbar  ...

Hmmm
Yg laki baru tu mampu ke dr segi batin lau usia pn dah mcm arwah laki hehehe

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.303992 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list