View: 1068|Reply: 13
|
Lelaki Bakar Isteri Sebab Berang Mangsa Tonton Porno Di Telefon Bimbit
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia nekad membakar isteri dan anaknya selepas melihat wanita itu menonton video lucah pada telefon bimbit, lapor laman berita Suara.com.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Sidoarjo, Wahyu Bintoro dalam hantaran di akaun media sosial rasmi @polresta_sidoarjo.
Lelaki itu dikatakan seorang penduduk di Sukodono, wilayah Jawa Timur.
 Foto: Suara.com
Kejadian berlaku Ahad lalu selepas lelaki berkenaan yang dikatakan terlalu beremosi, bertindak menyimbah petrol ke atas isterinya lalu menyalakan pemetik api.
“Mendapati isterinya menonton video lucah di telefon bimbit, seorang suami beremosi sehingga mencurah petrol ke atas wanita itu lalu menyalakan pemetik api. Ini mengakibatkan isteri dan anaknya yang duduk berhampiran melecur,” kata Wahyu.
Pelaku bernama MTA, 29, manakala isterinya, WS, 29, dan anaknya MAP, 6.
Selepas menyimbah petrol, MTA menyalakan tisu dan melemparkannya ke arah WS. Kedua-dua mangsa yang melecur segera keluar dari rumah dan sempat diselamatkan oleh penduduk setempat.
Jiran mangsa bernama To mengaku ternampak kedua-dua mangsa dari dalam rumah meminta tolong dengan melambai tangan.
Menurut To, tidak lama kemudian, pelaku membawa isteri dan anaknya untuk mendapatkan rawatan ke klinik berhampiran.
“Keluarga mangsa tidak dapat menerima kejadian itu dan melaporkan kes kepada polis. Pelaku juga sempat melarikan diri dan mengugut jika kes itu dilaporkan,” kata To. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit pun aku x percaya kata2 seorang pembunuh
...mentang2 bini dan anak dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Aik
Bkn sebaliknye ke
Bkn bini ke marah die
Pusing plk ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 dia y tgk porn, pastu kantoi, pastu malu, bakar anak ngan bini |
|
|
|
|
|
|
|
noor2: Sikit pun aku x percaya kata2 ... xmati kan? Iolls rasa die jelez bini die terliur tgk lelaki dlm video porn tu, pastu compare ngn dia hahahaah |
|
|
|
|
|
|
|
ke bini dia tertengok porn laki dia dengan pompuan lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
indon ni kes jenayah cmni pamerkan penjenayah dpn2 tv
cm barang lelong aja |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 17-9-2022 02:34 PM
indon ni kes jenayah cmni pamerkan penjenayah dpn2 tv
cm barang lelong aja
Hahahaha ok apa camtu. Kita pun patut buat camtu kat penjenayah2 yang ditahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelaku bernama MTA, 29, manakala isterinya, WS, 29, dan anaknya MAP, 6.
Apa ke pelik nama tu ke singkatan nama. Awat tak declare full name je |
|
|
|
|
|
|
|
Indon ni pelik2. Aku baru balik dari Sumba. Dari airport Denoasar sampai ke Sumba, perangai pelik. Ada pakai tudung tapi baju dress takat lutut. Beratur tak nak, kaki ayam di airport. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dlm situasi mcm ni
dia yng boleh bercakap. tapi mangsa terlantar.
kalau mangsa sedar mati la dia
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 17-9-2022 03:01 PM
Pelaku bernama MTA, 29, manakala isterinya, WS, 29, dan anaknya MAP, 6.
Apa ke pelik nama tu ke ...
Singkatan je kut,untuk mnjaga aib si pelaku dan korban |
|
|
|
|
|
|
|
Thread yang dimasuki @Friska tapi tak berkutik  |
|
|
|
|
|
|
| |
|