CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Kedah] 4 'Spiderman' berjaya rentas jambatan 107 tahun

[Copy link]
Post time 17-9-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Atlet mendaki merentasi jambatan pada Misi Pendakian 'Sport Climbing' merentasi Jambatan Lama 107 tahun sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Jambatan Limbong Kapal hari ini. FOTO BERNAMA

Alor Setar: Empat anak jati Kedah termasuk seorang wanita hari ini mencipta sejarah apabila berjaya melengkapkan misi merentas Jambatan Limbong Kapal yang berusia 107 tahun dengan aksi ala 'Spiderman' sempena sambutan Hari Malaysia.

Aksi menggunakan teknik 'urban roof climbing' yang dilakukan kesemua atlet mendaki itu, yang pertama seumpamanya dalam negara memandangkan teknik itu lazimnya dilakukan atlet mendaki luar negara.

Pengarah misi itu, Syed Alif Iskandar Syed Zainal Abidin, 37, berkata kejayaan keempat-keempat atlet mendaki berkenaan menyempurnakan aksi itu merupakan sesuatu yang dibanggakan.

"Kita telah fikirkan kelainan yang boleh dilakukan sempena Hari Malaysia dan apabila mereka menyuarakan keinginan untuk merentas jambatan kereta api lama sepanjang 80 meter yang siap dibina pada tahun 1915 itu dengan menggunakan teknik 'urban roof climbing', maka terciptalah sejarah hari ini," katanya kepada Bernama di jambatan berkenaan di sini hari ini.


Beliau berkata keempat-empat mereka ialah Mohd Zamri Hamid, 51, yang merupakan ketua misi selain Muhammad Akif Nukman Nazrilazdin, 23, Dzukram Alzam Mohd Zamri, 19 dan satu-satunya atlet wanita Wann Iryani Ariffin, 32.

"Mohd Zamri berjaya merentas jambatan itu secara solo manakala tiga yang lain melakukan misi yang sama secara bergilir-gilir. Memang satu cabaran yang besar dipikul oleh mereka bagi menunjukkan semangat cintakan negara sempena Hari Malaysia," katanya.

Mohd Zamri yang juga jurulatih sukan mendaki berkata beliau terharu dan bangga kerana berjaya melengkapkan misi itu walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menjayakan misi yang dirancang kira-kira sebulan lepas.

"Kami berlatih dalam tempoh sebulan untuk misi ini. Perancangan asal adalah melakukan misi itu secara bergilir-gilir membabitkan kami berempat tetapi saya ingin mencabar diri dan membuktikan kepada orang ramai bahawa saya mampu melakukan misi secara solo walaupun sudah berusia.

"Malam tadi hujan lebat, jadi ada peralatan yang basah dan pagi ini kami terpaksa keringkan dahulu dan secara tidak langsung ia menggunakan banyak tenaga. Tadi, saya hampir putus asa selepas melihat mereka bertiga berjaya habiskan misi secara bergilir-gilir, ditambah pula dengan letih dan cedera di bahagian jari," katanya.

Menurut Mohd Zamri, beliau menguatkan tekad untuk menghabiskan misi berkenaan selepas melihat ahli keluarga dan rakan-rakan yang berada di penghujung jambatan tidak putus-putus memberi kata semangat dan akhirnya berjaya menghabiskan misi dalam tempoh 25 minit.

Sementara itu, Wann Iryani yang menceburi aktiviti mendaki lebih 15 tahun berkata misi hari ini membawa seribu satu makna buat dirinya kerana merentas jambatan yang panjang selain adalah satu-satunya atlet wanita menyertai misi itu.

"Saya akan berlatih dalam tempoh tiga jam apabila ada kelapangan memandangkan bertugas sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bukit Kayu Hitam.

"Semasa misi dijalankan tadi, perasaan gementar itu muncul apabila orang ramai mula bersorak nama saya tetapi saya kuatkan mental dan berjaya menghabiskan misi ini bersama dua yang lain dalam tempoh 10 minit," katanya.

Selain misi itu, program sambutan Hari Malaysia di Jambatan Limbong Kapal itu turut diselitkan dengan aktiviti 'flying fox' yang memberi peluang kepada orang awam mencuba aktiviti ekstrem berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jambatan-107-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064104 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list