CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5231|Reply: 58

[Tempatan] (Video) Lelaki pasrah lihat anak dipukul bekas isteri guna meja, video dikongsi oleh skandal bekas isteri

[Copy link]
Post time 16-9-2022 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 16-9-2022 05:43 PM


Kelihatan mangsa terbaring menangis sebelum ibunya bertindak menghempasnya dengan meja kayu.

Lelaki pasrah lihat anak dipukul bekas isteri guna meja
Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN
Jumaat, 16 Sep 2022

ANAK-ANAK merupakan anugerah tuhan yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri dan adanya mereka bertambahlah rezeki kepada setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Namun, sekarang kita mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku dalam negara yang semakin berleluasa sebagaimana disiarkan dalam akhbar dan berita di televisyen.

Mereka yang mendera ini boleh disifatkan tidak berhati perut kerana ada antara mereka ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Baru-baru ini tular satu video dipercayai seorang ibu sanggup memukul anaknya menggunakan sebuah meja sehingga menerima kecaman ramai di media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh @imeautopar77 dalam TikTok berserta kapsyen yang menerangkan cerita di sebalik kejadian dan dipercayai pengguna tersebut adalah ayah kandung mangsa.

"Ini anak saya Muhammad Daniel Putra, anak saya dibawa lari ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bekas isteri bawa lari anak saya tanpa izin, penderaan berlaku tahun ini dan perkongsian itu dari kekasih bekas isteri.

"Anak saya dipukul dengan meja, laporan polis saya buat tapi rasa kecewa. Saya buat laporan hari yang sama berita ini saya dapat tahu dari pukul 9 malam hingga 3 pagi tutup sahaja kedai terus buat report takut anak saya jadi apa-apa," katanya di ruangan kapsyen tanpa menjelaskan tarikh laporan itu dibuat.



Namun, dia bertindak untuk menarik semula laporan disebabkan lama menunggu maklum balas dari pihak polis serta sempat berkongsi kisah pernah menjadi mangsa penderaan bekas isterinya itu.

"Kerana lama disidai menunggu laporan saya putus asa dan menarik semula laporan yang dibuat, saya akur dan kecewa jika anda seorang bapa melihat anak anda di dera oleh manusia macam ni apa anda rasa?

"Saya sertakan laporan awal sebab saya juga pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga dan bukti masih ada, kerana lelaki lain nak bawa dia keluar pukul 1 pagi, saya larang, dia baling kunci dekat kepala saya terus memancut darah di kepala," jelasnya.

Berdasarkan video berdurasi 22 saat itu, kelihatan anaknya terbaring menangis sambil dipukul sebelum bekas isterinya bertindak menghempas kanak-kanak itu dengan meja kayu.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan wanita itu dan ada juga menasihati ayah kepada kanak-kanak itu membuat laporan polis semula.

"Tolong jangan tarik laporan polis itu, telefon dan buat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," kata Natasha Chong.

"Allahuakhbar, tergamaknya dia buat macam itu dekat budak kecil, semoga adik ini selamat dan dipermudahkn balik kepangkuan asalnya," jelas Anhazrahhh.

"Bukti ini ada buat hak penjagaan anak pada awak, sebab mendatangkan kecederaan, sertakan laporan polis dan laporan doktor," ujar Dauz_2911.

Tiada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti

https://majoriti.com.my/berita/2 ... as-isteri-guna-meja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2022 05:40 PM | Show all posts
Edited by Friska at 16-9-2022 05:46 PM



ini anak sy muhammad Daniel putra . anak sy di bawa lari awal lock down 16/marc/2019 .bekas wife bawa lari anak sy tanpa izin sy ... penderaan belaku tahun ini perkongsian dari scandal nya pada sy yg sdr tdk kenali siapa lelaki berkenaan apa hubungan mereka. anak sy di pukul dengan meja .laporan polis telah saya buat tapi rasa kecewa teramat. sy buat report hari yg sama berita ini sy dpt tahu dr jam 9mlm -3pagi tutp shaja kedai terus buat report takut anak sy jdi apa2. kerana lama disidai menunggu laporan sy putus asa dr mengubah report betukar menarik report .dengan anak sy yg masih kecil usia 5tahun besok nak sekolah sampai berjam lama kena tgu.sy akur dan kecewa jika anda seorang bapa melihat anak anda di dera oleh manusia macam ni apa anda rasa? sy serta kan report awal sy juga jdi mangsa keganasan yg belaku pada hdp sy penah di cederakan ada bikti masih beparut.kerana jantan lain jga nak bawa dia kuar jam 1pagi kerana sy larang sy di baling ibu kunci atau solex padu memancut darah di kepala sy... kini sy berserah pada umum utk menilaikan .sy x ada kaitan dlm vdo ni cuma penerima vdo keadaan anak sy ..hingga kini tiada berita . beliau berasal dr thailand menpunyai 2 indentiti nama /ic belainan nama dan usia .bila sy laporkan hal ini pihak berwajib kata mereka org sana mmg biasa ? jdi x kesalahan atau akta kesalahan yg blh di kaitkan jika anak sy mati atas nama dia di thailand adakah blh di dakwa ?sedgkan nama di malaysia lain...1org punyai 2umur berbeza/nama ada 2 ic malaysia /ic thailanda.. sy harap yg ingin memberi komen bialah berasas .sy putus asa mana tpt hdk sy

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2022 05:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2022 05:49 PM | Show all posts


noor aaisyah zahra anak kedua yg penah kau ingin gugur kan. . kini selamat aku menjaga anak tdk pulak cacat celar ...aku seorg bapa yg adakala melaku kesilapan tapi bukan jdi anak mangsa keadaan. kau guna kan anak tiket melakukan perkara terkutuk ..aku berdoa siang malam supaya tunjuk kebenaran..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2022 05:52 PM | Show all posts


perjalanan ku membesaekan anak aku berjuang demi masa depan anak ku..tidk lagi ku hirau hujan panas asalkan anak2 ku berjaya dunia akhirat .. namun apakan daya perit ku lalui.jika anak kau ambil kau jaga dgn kasih syg aku x kisah... namun penyeksaan kau lakukan pada putraku. ???????? papa rindukan suara dan telatah mu nak....papa sentiasa mendoakan kamu abg putra.


Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Marahkan bekas suami anak jd mangsa...so skandal cuma tengok dan ambik bideo tak tolong hudak tu...whats wrong with these people...semua mental tahap 4 kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2022 06:03 PM | Show all posts

Hari ini, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjaga mangsa dera oleh ibunya sendiri sehingga mengundang kemarahan ramai.

Bekas isteri bawa lari anak, tergamak dera & hempas meja pada darah daging sendiri
16 Sept 2022

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @imeautopar77, dilihat kanak-kanak lelaki dipervayai anaknya bernama Muhammad Daniel Putra itu dihempas meja ke atasnya.

Pengguna itu mendedahkan anaknya itu telah dibawa lari oleh bekas isteri secara tanpa izin pada 16 Mac 2019 iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan mula diperkatatkan.

Lelaki itu berkata, pada asalnya mereka mempunyai dua orang cahaya mata. Namun, bekas isteri hanya membawa lari anak pertama mereka iaitu Daniel dan meninggalkan anak yang masih kecil serta masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu.

Difahamkan, situasi ganas itu dilakukan oleh bekas isterinya sehingga telah mendesak skandal atau teman lelaki bekas isterinya tampil berkongsi video tersebut kepadanya dan ia dipercayai berlaku pada bulan Jun lalu.







Dah buat laporan polis

Mengulas lanjut, pengguna yang juga bapa kepada kanak-kanak lelaki tersebut memberitahu diirnya telah tampil membuat laporan polis. Malangnya, dia terpaksa pulang dengan penuh kehampaan apabila dikatakan gagal membuat laporan dari jam 9 malam sehingga jam 3 pagi.

Jelasnya, dia memilih untuk pulang selepas hampir 6 jam menunggu dan perlu ke sekolah pada keesokan harinya.

“Laporan polis telah saya buat tapi rasa kecewa teramat. Saya buat report pada hari yang sama berita ini saya dapat tahu. Dari 9 malam hingga 3 pagi, sebaik sahaja saya tutup kedai, saya terus buat report takut anak saya diapa-apakan.

“Kerana lama disidai menunggu laporan, saya putus asa dari mengubah report bertukar kepada menarik report. Dengan anak saya yang masih kecil iaitu berusia 5 tahun perlu pergi ke sekolah pada keesokan harinya. Lama menunggu, saya akur dan kecewa.”tulisnya.



Dalam pada itu, lelaki ini turut memaklumkan telah membuat laporan mengenai keganasan yang berlaku terhadapnya sewaktu dicederakan oleh seorang teman lelaki bekas isterinya sebelum ini.

“Saya sertakan report awal. Saya juga mangsa keganasan yang berlaku pada hadapan saya dan pernah dicederakan. Ada bukti masih berparut kerana jantan lain juga nak bawa dia keluar pada jam 1 pagi. Ketika melarang, saya dibaling ibu kunci atau Solex padu sehingga memancut darah di kepala saya,”jelasnya.
Bekas isteri ada dua identiti dan IC berlainan nama dan usia

Selain itu, lelaki itu turut mendedahkan bekas isterinya berasal daripada Thailand dan mempunyai dua identiti nama dan usia berlainan. Apabila lelaki itu melaporkan pada pihak berkuasa, dia mendapat maklum perkara tersebut adalah menjadi kebiasaan.



Geram pulak aku! Sampai hati pukul budak

Perkongsian itu meraih perhatian netizen di mana ramai meluahkan rasa kasihan dan bengang dengan nasib menimpa nasib anak kecil tersebut.










Kejadian berlaku di Keterah, Kelantan



Sehingga kini masih belum ada berita keadaan anak



https://ohmymedia.cc/bekas-ister ... rah-daging-sendiri/
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kau tak rampok saja suami ini perempuan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan ini pun sama macam Friska, bukan warganegara yang suka berskandal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2022 06:26 PM | Show all posts


Tergamak Dera Dan Hempas Meja Pada Anak, Perkongsian Lelaki Ini Bangkitkan Kemarahan Netizen
September 16, 2022 - 12:07 PM

Sebut mengenai anak kandung khususnya yang masih kecil sudah pastinya ramai yang mempunyai ihsan terhadap mereka. Malah, ramai yang sanggup menjaga bagai mentang minyak yang penuh sehingga anak tersebut besar dan mampu berdirikari.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila dikongsikan TikTok @imeautopar77 di mana anak beliau bernama Muhammad Daniel Putra berusia 5 tahun telah dibawa lari oleh bekas isteri secara tanpa izin pada 16 Mac 2019.

Difahamkan anak beliau telah didera oleh ibu kandung sendiri iaitu bekas isteri beliau di mana anak yang tidak bersalah tersebut turut dihempas meja ke atasnya.

Situasi ganas yang dilakukan bekas isteri telah mendesak scandal atau teman lelaki bekas isterinya tampil berkongsi video keganasan yang dilakukan kepada beliau.

Keadaan yang perit untuk dilihat ini telah mendesak beliau untuk tampil membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa pulang dengan hampa apabila beliau dikatakan gagal membuat laporan dari jam 9 malam sehingga 3 pagi. Beliau memaklumkan memilih untuk pulang selepas hampir 6 jam menunggu dan perlu ke sekolah pada keesokan harinya.

Lelaki ini turut memaklumkan telah membuat laporan mengenai keganasan yang berlaku terhadap beliau sewaktu dicederakan oleh seorang teman lelaki bekas isterinya sebelum ini.

Situasi yang berlaku sekaligus telah meraih perhatian netizen yang meluahkan rasa kasihan terhadap anak kecil tersebut. Berikut merupakan respon netizen terhadap situasi yang berlaku.




Berdasarkan perkongsian yang dibuat pada 2 jam yang lalu, rata-rata netizen turut risau dengan keadaan Muhammad Daniel Putra. Lelaki ini turut memaklumkan masih belum menerima sebarang berita mengenai keadaan anak beliau setakat ini.



Perkongsian yang dibuat sekadar memaklumkan keadaan yang berlaku serta menyerahkan kepada netizen untuk menilai insiden yang berlaku terhadap beliau dan anak.

https://www.thevocket.com/tergam ... -kemarahan-netizen/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2022 08:06 PM | Show all posts
Kasian sama mantan suami
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi korek sikit sapa pompuan.tu....elok juga dpt mcm.thread minah burger tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga betina tu dipendekkan umur dan mati dlm penuh kelaknatan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat.x gamak aku nak tgk video..si bapak lak bodoh siap tarik report alasan report kena sidai...patut bila report kena sidai ko report balai lain plak...biar berpuluh report....baru la polis laju
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka ex bini dia pun mcm mental je, org siam ke?
Pastu pakwe dia yg rakam tu awat tak report polis, jgn ko pun sama2 membantai budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Babikk nye pompuan ni. Klu ko mental baran camtu wakpe amik bdk tu dr bapak dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2022 10:55 AM | Show all posts
Ibu yang kejam!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 11:36 AM | Show all posts
dah tau tak boleh bela, sibuk nak bwk lari anak. mental betul pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cc @CiliPadiSedap

Kejadian jadik di malaysia, tapi pelaku dia, si mak kandung, berasal dari thailand. You know i know, tt nak buat apa.

Berbalik kpd berita, sebagai bapa, teruskan repot polis. Yg first ko repot pun pasal bini baling kunci kat kepala pastu withdraw balik repot. Ni anak yg kene dera, buat lagi repot tu. Makes sure ada rekod ko ada buat something. Baru nampak credible bila ko viral benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri nya x sgup nk tgk. Gila betul pompuan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 1.075411 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list