View: 1479|Reply: 16
|
Selangor, Pulau Pinang Dan Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang
[Copy link]
|
|
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan memaklumkan, bendera Selangor akan dikibarkan separuh tiang tiga hari bermula Sabtu ini.
 Gambar hiasan
"Sultan Selangor telah berkenan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin bagi menzahirkan hubungan baik baginda dengan Ratu Elizabeth II.
"Titah itu juga adalah sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda Ratu di Istana Balmoral selepas 70 tahun menaiki takhta dan adalah monarki paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom.
"Selaras titah berkenaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat semalam menjunjung titah dan mengarahkan semua Jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera Negeri separuh tiang atas perkenan baginda Sultan Sharafuddin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Utusan melaporkan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju supaya bendera negeri Pulau Pinang dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini (19 September) sebagai menghormati kemangkatan dan hari pemakaman Ratu Elizabeth II.
“Selaras dengan persetujuan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri menyahut keputusan berkaitan dan mengarahkan semua jabatan serta agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera negeri Pulau Pinang separuh tiang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Manakala Perak akan mengibarkan bendera separuh tiang di seluruh negeri itu, selama tiga hari, bermula Sabtu, sempena kemangkatan Ratu Elizabeth II, lapor AWANI.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pahang turut mengumumkan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Sumber: BH Online & Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
org negeri mana duk hencap negeri pahang hari tu...negeri korang kena tak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
nazniafrina replied at 16-9-2022 05:41 PM
Perak pun
Harap2 sudi la King Charles III mencemar duli ke majlis kawen anak2 raje nusantara ni ye..  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ade kan request Charles III untuk negara yg berada dalam realm commonwealth ( macam Thor pulak dok realm realm realm ni hahahha) untuk maam hormati |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau negeri aku pun follow apa lah lagi silat Nusi Raptor nk buat |
|
|
|
|
|
|
|
Kenduri tahlil makan lauk apa malam tadi?  |
|
|
|
|
|
|
|
roti gardenia cicah butter cup ala english
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata negeri2 selat, pahang bukan negeri selat yg mendahului. Gigihnya sembah ratu 
|
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya sembah penjajah. Australia dan beberapa negara lain pun nak jadi republik. Kita je bukan main lagi berkiblatkan mat saleh. Semua anak sultan pun nak hantar belajar ke uk, bahasa melayu hancur. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la untuk penghormatan terakhir... dia dah takde dah pun  |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau pinang no surprise... Jenis2 dia apa saja kokesen dia sanjung.. tak reti cakap Melayu takpe tapi speaking kena bagus walaupun bau chee chong fun sebatu... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah bendera2 di masjid pon akan dikibarkan separuh tiang jugak macam yg jadi kat selangor tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore turunkan juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 17-9-2022 09:23 AM
Singapore turunkan juga ke?
Yup
https://berita.mediacorp.sg/singapura/bendera-spura-di-bangunan-pemerintah-dikibar-separuh-tiang-pada-hari-ratu-elizabeth-disemadikan-689301 |
|
|
|
|
|
|
|
Ironinya ketika sambutan merdeka...jiwa masih dijajah. |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri selatan x ikut bendera separuh tiang? Bukan selatan ikut cara sana ke?  |
|
|
|
|
|
|
| |
|