CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Pulau Pinang] 1,701 anggota JBPM Pulau Pinang bersedia hadapi banjir

[Copy link]
Post time 15-9-2022 07:05 PM | Show all posts |Read mode
1,701 anggota JBPM Pulau Pinang bersedia hadapi banjir

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 15 September 2022 06:27pm






Gambar kecil: Saadon




GEORGETOWN - Seramai 1,701 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dari 20 balai bersiap sedia dalam menghadapi Monsun Timur Laut di negeri ini.

Pengarahnya, Saadon Mokhtar berkata, jumlah itu termasuk pasukan bomba sukarela di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 281 lokasi di lima daerah di negeri ini telah dikenal pasti sebagai 'hotspot' banjir.

Tambah beliau, jumlah tersebut melibatkan 86 lokasi di Seberang Perai Tengah, 56 di Seberang Perai Utara, 55 di Timur Laut, 45 di Barat Daya dan 49 Seberang Perai Selatan.

"Selain jumlah anggota yang telah bersedia, kita juga bersedia dalam keperluan aset dengan 24 kenderaan marin (bot aluminium) dan 55 kenderaan pelbagai fungsi (kenderaan penarik, pengangkutan logistik dan kenderaan untuk pemindahan mangsa.

"Persediaan pada tahun ini adalah lebih baik berbanding Monsun Timur Laut tahun lalu sebagaimana arahan Perdana Menteri yang mahukan bencana tahun ini dihadapi dengan menyeluruh," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Saadon berkata, selain JBPM, semua agensi berkaitan juga berada dalam mod bersiap sedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat dan berkemungkinan banjir mulai November ini sehingga Mac tahun depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, JBPM Pulau Pinang juga telah menjalankan latihan pengukuhan pasukan khas iaitu Pasukan 'Multiskill Team' (MUST) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).




"Kedua-dua latihan tersebut telah bermula 12 hingga esok (16 September) selain latihan pengukuhan bagi pasukan penyelamat di air iaitu pada 19 hingga 23 September ini.

"Kita juga akan membuat latihan pengendalian bot secara menyeluruh melibatkan 20 balai pada 29 September ini yang mana, semua latihan ini adalah persediaan dan persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada musim monsun ini," ujarnya.

Selain itu, Saadon berkata, Pulau Pinang dipilih menjadi pusat pengurusan Regional Forward Base (RFB) Wilayah Utara bagi tahun ini dalam menghadapi Monsun Timur Laut.

"RFB Wilayah Utara yang berpusat di Balai Bomba Penyelamat (BBP) Perda berfungsi sebagai penempatan anggota dan logistik mengikut negeri yang melibatkan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

"RFB berupaya mengukuhkan dan memanfaatkan kekuatan anggota di Wilayah Utara pada tahap optimum, yang mana anggota dari negeri yang tidak terjejas akan digerakkan ke negeri terjejas banjir," jelas beliau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.219084 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list