View: 1667|Reply: 17
|
'Bossku Boleh Beli Ubat Sendiri' - KJ
[Copy link]
|
|
Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membeli bekalan ubat sendiri dari sumber luar jika tidak mahu menerima ubat yang dibekalkan Kementerian Kesihatan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarga bekas perdana menteri itu.
“Tetapi saya difahamkan di penjara pun memang Datuk Seri Najib bawa bekalan ubat dia sendiri. Jadi kita pun tidak ada masalah kalau dia nak bawa bekalan ubat itu dan saya difahamkan dia memang dah bawa dah ke HKL (Hospital Kuala Lumpur), dia boleh guna sahaja bekalan ubat dia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dan IHH Healthcare Malaysia semalam.
Khairy diminta mengulas laporan media yang memetik peguam Datuk Zaid Ibrahim menggesa Kementerian Kesihatan memberikan Najib ubat yang bekas perdana menteri itu selalu gunakan untuk penyakit darah tingginya.
Khairy berkata, beliau telah menyemak peraturan penjara iaitu pihak penjara akan memeriksa terlebih dahulu bekalan ubat yang dibeli keluarga banduan sebelum diberikan kepada banduan terbabit.
“Dan di HKL saya maklumkan kepada pengarah, kita amalkan benda yang sama. Kalau di penjara dia boleh gunakan ubat dia, bila bekalan tu dah sampai dia gunalah, jadi tak timbul yang kita menafikan dia (pengambilan ubat yang dimahukan).
“Pada hari itu sebelum dia dibenarkan keluar wad, amalan biasa hospital kerajaan sebelum kita benarkan pesakit keluar dari wad kita akan hantar dia balik dengan bekalan ubat yang dikeluarkan farmasi hospital, jadi ubat dari farmasi hospital kami di kementerian ini ialah ubat generik,” katanya.
Semalam, Khairy memaklumkan keadaan kesihatan Najib yang dimasukkan ke HKL pada Isnin adalah stabil dan bekas perdana menteri itu akan terus menerima rawatan di hospital berkenaan.
Terdahulu Khairy berkata, MoU yang ditandatangani pada majlis itu merupakan perjanjian bersejarah kerana tidak pernah dibuat dalam skala besar iaitu melibatkan 500 pesakit kanser daripada hospital kerajaan yang dipilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta terlibat menggunakan fasiliti mereka.
“Ini (program berkenaan) ditaja sepenuh oleh pihak IHH dan kita tengok dulu kejayaan program ini dan sekiranya kita nak melanjutkan program ini bolehlah kita bincang kemudia, sama ada kita bayar sedikit ataupun ada elemen tajaan dan sebagainya.
“Ini adalah langkah yang sangat-sangat berkesan untuk memperkenalkan teknologi terkini dan rawatan menggunakan teknologi terkini kepada pakar daripada kementerian dan kepada pesakit kanser yang dirawat di fasilit Kementerian Kesihatan,” katanya.
Sementara itu IHH Healthcare Berhad (IHH) melalui anak syarikat milik penuhnya Pantai Medical Centre Sdn Bhd (IHH Healthcare Malaysia) dalam kenyataan berkata, MoU yang ditandatangani hari ini adalah untuk melanjutkan penjagaan dan rawatan pesakit kanser di Malaysia melalui rangkaiannya yang terdiri daripada Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court.
Menurutnya, IHH Healthcare Malaysia akan menaja sepenuhnya radioterapi dan radiosurgeri untuk 500 pesakit kanser yang menjalani rawatan di hospital kerajaan, dengan pesakit yang dikenal pasti dan dirujuk oleh Kementerian Kesihatan serta pakar yang ditetapkan mereka, akan menerima rawatan di tujuh hospital IHH Healthcare Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi terkini untuk merawat kanser.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kelas Najib nak guna ubat generic |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 15-9-2022 05:01 PM
Teringat zaman2 KJ julang najib
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
amboii kemain lagi dia menganjing ya....
hang tunggu PRU nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
What's the catch swasta ni bagi free radiotherapy dgn radiosurgery kepada patient dari gomen hospital? KKM selling their soul first to kroni ke? Lepas ni kena ikat tak boleh lepas kontrak sepanjang abad... Patut KKM bawak masuk teknologi dan latih kepakaran bg gomen hospital.. semoga lepas ni tak spend double triple sepanjang abad lepas sign contract with the devil... kalau bukan alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 15-9-2022 02:34 PM
Teringat zaman2 KJ julang najib
Dulu julang, sekarang benam |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin mereka mau guna ubat cacing..kasian DSN |
|
|
|
|
|
|
|
Paling kurang sekarang Pok Jib(yg dalam masuk) sedar camno rakyat biasa kena guna ubat generic
Tu lah , zaman pemerintahan party asobiyyah , dok tala reta rakyat dengan skim 1MDB , isu LCS , komisen Scopene ... tak tau apa lagi
Sekarang KKM hanya mampu bagi ubat generic
Masih ok lagi kat Pok Jib(yg dalam masuk) , paling kurang dia mampu beli ubat ori untuk diri dia & penjara pon bagi kelonggaran tersebut
|
|
|
|
|
|
|
|
puak2 ni..
bile Kkm x tegas layan je tuntutan Banduan nasional ni..
ckp berat sebelah,special treatment..
Bile tegas plak, ckp kejam..
saje nk tekan DS najib…
ape lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
KJ pon pandai bermadah masa Pok Jib(yg dalam masuk) jadik PM
Kalo ada seribu belakang kamu ... saya salah seorang
Kalo ada seratus belakang kamu ... saya salah seorang
Kalo hanya ada sorang belakang kamu ... sayalah orangnya
Tersenyum lebar Pok Jib(yg dalam masuk) bila dengar sedemikian
Sekarang apa dah jadik ... mintak masuk IJN pon KJ tak bagi
Ni lah dia dunia party asobiyyah ....
|
|
|
|
|
|
|
|
sam1528 replied at 15-9-2022 02:51 PM
KJ pon pandai bermadah masa Pok Jib(yg dalam masuk) jadik PM
Kalo ada seribu belakang kamu ... saya ...
Hipokrit kan.. jaga perut sendiri semua, parti ampu sana ampu sini |
|
|
|
|
|
|
|
Kang kalo kj duk backup bijan, rakyat marah dia pulak...korang ni pong |
|
|
|
|
|
|
|
ala.merasalh sesekali jadi mcm marhaen..tgk, inilah ubat yang marhaen hadap selama ni, yang kamu selalu bangga2 kan subsidi dari kerajaan, bantuan dari kerajaan.. kalau boleh biar dia beratur tunggu lama kat hospital macam acik2 lain..appointment dgn dr 10 pagi, 7 pagi dah terpacak ambil no..bior dia rasa.. selama ni eksen sangat kerajaan bagi kemudahan hospital free kat rakyat kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
iraizz replied at 15-9-2022 02:38 PM
Dulu julang, sekarang benam
Ayat kau dikkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bongok betul najib ni, kalau ko nak makan ubat khas diimpot tu ko beli lah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 15-9-2022 07:13 AM
Kang kalo kj duk backup bijan, rakyat marah dia pulak...korang ni pong
Haha kan sis.... |
|
|
|
|
|
|
|
ubat generic hospital ni ikut budget KKM so merasalah...ala still sama bhn kimia active dia cuma ade bhn lain tu lain tu je
i mean sapa yg ada pengalaman sakit lelah akan tahu beza ambik ubat inhaler ( reliever - salbutamol KKM ) versus you pergi beli salbutamol ( generic: salbutamol - beta 2 agonist inhaler ) keluaran Allen ad Hansbury - ade beza tak kalau u all inhale ubat tu , pada I ade beza... |
|
|
|
|
|
|
| |
|