Sumber IG
Pendakwah bebas, PU Syed yang terkenal dengan kelantangan serta keberaniannya dalam menegur perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam sama sekali tidak gentar berhadapan dengan kecaman netizen.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, PU Syed yang memuat naik beberapa kiriman mesej berbaur cercaan dan makian yang dikirimkan kepadanya mencabar mereka untuk datang berbincang secara bersemuka.


"Ada lagi mesej-mesej yang PM pada saya oleh budak-buak tak cukup umur ini.
"Apa dia ingat saya takut dengan cercaan dan makian mereka?!
"Kalau berani mari depan saya lah. Jangan jadi pondan!" tulis PU Syed pada ruangan kapsyen hantaran di IG.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai yang memberikan maklum balas positif kepada PU Syed menyokong tindakannya yang berani memberikan teguran secara terbuka.
Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkannya agar terus bersabar dengan bersabar dengan situasi sedemikian. -CARI
|