View: 2261|Reply: 22
|
Ahli Akademik Gelar Ratu Elizabeth Penjenayah Dunia, Setaraf Adolf Hitler
[Copy link]
|
|
TEHERAN – Seorang ahli akademik Iran menggelarkan mendiang Ratu Elizabeth II sebagai salah seorang penjenayah terbesar dalam sejarah umat manusia, lapor portal berita MailOnline.
Individu tersebut, Foad Izadi yang menjadi tetamu jemputan stesen televisyen Iran, Channel 1, turut menyamakan baginda dengan pemerintah Nazi Jerman, Adolf Hitler dalam beberapa kenyataan yang lantang.
Ketika kebanyakan negara dan pemimpin dunia berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, beliau pula menganggap pemergian baginda sebagai satu berita baik untuk rakyat di negara-negara tertindas.
 Foto: AFP
“Legasi Ratu Elizabeth II dipenuhi dengan jenayah, kekejian dan kekotoran.
“Kemangkatan baginda tidak perlu ditangisi,” tegasnya.
Foad berkata, gelaran yang dinyatakan olehnya adalah berdasarkan pencerobohan tentera Britain di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda.
“Angkatan bersenjata Britain adalah angkatan tentera Ratu.
“Jadi, kita hanya mempunyai segelintir individu yang terlibat dalam begitu banyak kekejaman pada abad lalu seperti Hitler sebagai contoh, beberapa Presiden Amerika Syarikat terdahulu dan Ratu Elizabeth II.
“Jumlah orang yang terbunuh dalam pencerobohan tersebut mencecah jutaan nyawa dan Ratu Elizabeth II secara tidak langsung bertanggungjawab untuk perkara itu,” kata Foad.
Pendekatan berbeza diambil oleh pemerintah negara yang turut berada dikategorikan ‘musuh’ kepada Britain seperti Russia dan China yang secara terbuka mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain itu.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran tidak memberi sebarang ulasan atau komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Foad.
Pihak kementerian juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II dan kenaikan takhta Raja Charles III sebagai monarki baharu. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli akademik Iran gelar Ratu Elizabeth penjenayah dunia, setaraf Adolf Hitler
TEHERAN – Seorang ahli akademik Iran menggelarkan mendiang Ratu Elizabeth II sebagai salah seorang penjenayah terbesar dalam sejarah umat manusia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Individu tersebut, Foad Izadi yang menjadi tetamu jemputan stesen televisyen Iran, Channel 1, turut menyamakan baginda dengan pemerintah Nazi Jerman, Adolf Hitler dalam beberapa kenyataan yang lantang.
Ketika kebanyakan negara dan pemimpin dunia berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, beliau pula menganggap pemergian baginda sebagai satu berita baik untuk rakyat di negara-negara tertindas.
“Legasi Ratu Elizabeth II dipenuhi dengan jenayah, kekejian dan kekotoran.
“Kemangkatan baginda tidak perlu ditangisi,” tegasnya.
Foad berkata, gelaran yang dinyatakan olehnya adalah berdasarkan pencerobohan tentera Britain di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda.
“Angkatan bersenjata Britain adalah angkatan tentera Ratu.
“Jadi, kita hanya mempunyai segelintir individu yang terlibat dalam begitu banyak kekejaman pada abad lalu seperti Hitler sebagai contoh, beberapa Presiden Amerika Syarikat terdahulu dan Ratu Elizabeth II.
“Jumlah orang yang terbunuh dalam pencerobohan tersebut mencecah jutaan nyawa dan Ratu Elizabeth II secara tidak langsung bertanggungjawab untuk perkara itu,” kata Foad.
Pendekatan berbeza diambil oleh pemerintah negara yang turut berada dikategorikan ‘musuh’ kepada Britain seperti Russia dan China yang secara terbuka mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain itu.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran tidak memberi sebarang ulasan atau komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Foad.
Pihak kementerian juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II dan kenaikan takhta Raja Charles III sebagai monarki baharu. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2022/09/15/ahli-akademik-iran-gelar-ratu-elizabeth-penjenayah-dunia-setaraf-adolf-hitler/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kihkih fakta. betul lah kan
|
|
|
|
|
|
|
|
...gelaran yang dinyatakan olehnya adalah berdasarkan pencerobohan tentera Britain di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda...war and conquer |
|
|
|
|
|
|
|
iya lah tu... org ereb mmg semua baik2, takde perang2, takde bunuh2 org, semua hidup aman damai.... turki,syria,yemen,mesir pffftttttttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
at least queen e ni ada jahat2 dia pun jahat dia bersebab, utk rakyat dia jugek... ummah punya perang2 tu semua utk sapo ?????? yg kt cni jahat2 menarah hutan utk sapo??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 15-9-2022 12:30 PM
Selama 96 tahun dia hidup kau tak cakap apa dah mati baru nak cakap orang tu jahat la bagai ke? Cakap la masa umur dia 94 ke 95 ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengecut kan... semasa orang itu hidup tak cakap apa apa pun,
orang tu sudahpun meninggal dunia, tak boleh nak defend diri dia juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix: iya lah tu... org ereb mmg sem ...
jadi jahat kerana bercampur gaul dengan kaum kafir tu la |
|
|
|
|
|
|
|
org putih bukan semua boleh pakai... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sahaja british monarch, monarch2 lain di dunia pun jahat2 belaka |
|
|
|
|
|
|
|
Iran bukan nya Arab..
Iran tuu Parsi..
Fact must be right.. |
|
|
|
|
|
|
|
Marah org Iran disamakan dgn orang Arab.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan UK tak jemput myanmar dgn russia hadir majlis pengebumian e2 ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
British dan Perancis yang melukis peta di middle east. Negara yang wujud di sana sekarang hasil ciptaan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 15-9-2022 12:51 PM
British dan Perancis yang melukis peta di middle east. Negara yang wujud di sana sekarang hasil cipt ...
Sama dengan di Asia Selatan. |
|
|
|
|
|
|
|
masa malaysia dijajah dulu kala zaman nenek ratu la yek |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 15-9-2022 11:59 AM
iya lah tu... org ereb mmg semua baik2, takde perang2, takde bunuh2 org, semua hidup aman damai.... ...
Iran tu bukan bangsa arob baq hang  |
|
|
|
|
|
|
|
BartholomewKuma replied at 15-9-2022 10:06 PM
Iran tu bukan bangsa arob baq hang
Sapo pulak cakap iran tu bangsa ereb ??? 
Iols ckap sebelum nk tegur org jauh sila lah tegur jiran sendiri dulu. Iran sendiri pun berperang dgan ummah ereb, so ? Kuman seberang lautan nmpak gajah depan mata buta agitchu |
|
|
|
|
|
|
| |
|